Friday, 17 February 2017

STROK

Cara Merawat Penyakit Strok Atau Angin Ahmar


Tahukah anda bahawa penyakit strok adalah punca kematian Ke-4 terbesar di Malaysia selepas penyakit jantung dan kanser ? Setiap tahun dianggarkan 40 000 orang diserang strok.


Bagaimana Strok Terjadi ???

Strok adalah serangan otak dan terjadi apabila bekalan darah otak terganggu. Otak merupakan pusat saraf tubuh yang mengawal setiap perubatan atau fikiran, di samping mengawal fungsi-fungsi automatik seperti penafasan, pencemaran dan sebagainya.

Otak memerlukan bekalan darah berterusan yang membawa oksigen dan nutrien untuk terus berfungsi dengan baik. Sekiranya saluran darah di dalam otak pecah ataupun tersumbat, bekalan darah akan terhenti dan sel-sel otak akan kekurangan oksigen dan nutrien.

Seterusnya bahagian otak itu mula mati dan anda akan mengalami strok. Kerosakkan otak menjejaskan deria-deria anda, pertuturan dan pemahaman bahasa. Sebelah tubuh mungkin lumpuh, sikap, corak pemikiran dan ingatan terubah. Semuanya berlaku dengan senyap tetapi pantas.


" Secara mudahnya, strok berlaku bila saluran darah tersumbat. Maka aliran darah ke otak terganggu. Apabila otak tidak menerima oksigen yang mencukupi, sel-sel otak akan rosak seterusnya menyebabkan bahagian badan yang dikuasai oleh bahagian otak yang rosak itu tidak dapat bergerak."

Punca Strok
  • Keadaan Kesihatan Individu
Hipertensi (Penyakit tekanan darah tinggi), Kolestrol, Ateriosklerosis, gangguan jantung, diabetes, sejarah keturunan strok dalam keluarga dan migrain boleh menyebabkan terjadinya strok. Berdasarkan statistik 80% pesakit darah tinggi dan arteriosklerosis adalah berisiko terkena serangan strok.
  • Gaya Hidup dan Cara Pemakanan
Gaya hidup dan pola permakanan yang tidak seimbang seperti merokok, makanan segera, makanan proses dan makanan ringan menyumbang kepada penyakit strok ditambah lagi dengan kekurangan bersenam. Sikap mudah marah, murung dan lain-lain sikap negatif turut mrmudahkan seseorang diserang strok.

Tanda-Tanda Seranga Strok 
  • Rasa pusing kepala, sakit kepala yang mendadak tanpa sebab yang jelas.
  • Rasa bingung, celaru dan keliru.
  • Sebelah mata kabur secara tiba-tiba.
  • Susah untuk berjalan dan hilang kesimbangan badan secara mengejut.
  • Terasa seperti hendak mati dan kaku/kebas pada muka, tangan kaki atau sebahagian tubuh sahaja.
  • Rasa mual dan muntah-muntah.
  • Terasa seperti hendak pitam atau pengsan secara tiba-tiba.
Menurut Penasihat Neorologi Pusat Perubatan Prince Court, Dr. Julia Shahnaz Merican, setakat ini 70% daripada mangsa serangan angin ahmar tidak menyedari diserang pesakit itu.

Katanya, antara tanda-tandanya ialah apabila merasa diri lemah atau kebas secara tiba-tiba pada muka , lengan dan di sebelah bahagian badan.

"Selain itu, penglihatan juga menjadi kabur secara tiba-tiba pada sebelah atau kedua-dua belah amta," katanya ketika menyampaikan ceramah Forum Angin Ahmar anjuran Persatuan Angin Ahmar Kebangsaan Malaysia (NASAM) di Kuala Lumpur.

Tanda- tanda awal lain termasuk mengalami kesukaran untuk bertutur dan perkataan yang disebut jadi tidak jelas.

"Jika anda tiba-tiba menghadapi kecelaruan mental atau sawan epilepsi, semut-semut di bahagian dagu, clumsiness, hilang deria, pening kepala, hilang imbangan badan dan sakit kepala yang teruk tanpa sebab maka segera jalani rawatn," katanya.

Dr. Julia berkata, satu tanda yang jelas angin ahmar akan berlaku adalah apabila berlakunya serangan Iskemia Sementara (TIA) atau mini angin ahmar iaitu gangguan sementara bekalan darah ke bahagian tertentu otak.

"Sekalipun gejala ini lazimnya hilan sepantas ia datag dimana pesakit akan pulih tetapi rawatan perubatan perlu kerana jika dibiarkan akan menyebabkan kerosakkan otak lebih teruk," katanya lagi.

Dr. Julia berkata, sekalipun risiko serangan ahmar lebih tinggi ke atas golongan tua tetapi orang muda tidak boleh memandang remah kerana dia pernah merawat pesakit yang berusia 24 tahun.

Jelas Dr. Julia, serangan angin ahmar sehingga kini telah mula menyerang mereka yang berusia sekitar umur 30/40 dan 50-an .

Sehubungan itu, setiap orang perlu berwaspada dengan tekanan darah masing-masing khususnya kepada penghidap hipertensi.

"Tekanan darah tinggi sebenarnya yang menjadi punca utama  serangan angin ahmar selain mereka yang menhidap penyakit jantung dan dibetes."

Sementara itu, Pakar Pertuturan dan Pantologi Bahasa dari Persatuan Pertuturan-Bahasa dan Pendengaran Malaysia (MASH), Cecilia Santiago berkata, 30 peratus daripada pesakit yang diserang angin akan menghadapi masalah untuk berkomunikasi.

Katanya, ini kerana serangan angin ahmar biasanya berlaku di bahagian sebelah kiri otak yang boleh menjejaskan keupayaan bertutur dan keupayaan dalam bahasa.

Sehubungan itu, katanya, terapi pertuturan amat penting dalam usaha memulihkan keupayaan mangsa angin ahmar supaya boleh berkomunikasi dengan betul.

”Disebabkan pesakit angin ahmar sukar bertutur dan mengeluarkan suara atau bunyi yang difahami oleh orang lain maka keluarga perlu berusaha untuk membantu mereka,” katanya.

Katanya, pesakit boleh dibantu untuk menulis, menggunakan bahasa isyarat, melukis supaya dapat berkomunikasi semula.

Bagaimanapun ia tidak mudah untuk dilakukan memandangkan pesakit biasanya akan menghadapi masalah untuk memahami atau memilih perkataan, angka atau isyarat dengan betul.

Selain itu, katanya, pesakit juga biasanya mengalami kesukaran untuk mengawal lidah dan menelan.

”Otot-otot pada lidah dan tekak adalah otot-otot yang sama digunakan untuk menghasilkan bunyi atau suara.




Cara Merawat Strok Atau Cara Menghindari

  1. Elakkan dan berhenti merokok - Mrokok menyebabkan atherosclerosis dan membuatkan darah menjadi mudah menggumpal.
  2. Periksaan darah secara rutin - Tekanan darah yang tinggi boleh menyebabkan pembuluh darah mengalami tekanan berlebihan.
  3. Penyakit jantung - Sekiranya terdapat atau gangguan seperti detak yang tidak teratur atau kadar kolestrol tinggi, anda seharusnya mendapat rawatan susulan doktor atau mengelakkan terjadinya serangan strok.
  4. Kawal Stress - Stress atau depresi menggangu kesihatan jantung, kawal dan tangani stress dengan bijak
  5. Menjaga pemakanan - Ikut piramid makanan, lebihkan sayuran dan buah-buahan supaaya makanan berserat itu dapat mengawal lemak, kirangkan lemak, garam dan gula. Hindari makan daging merah terlalu banyak kerana menyebabkan pembuluh darah mengeras.
  6. Kawal Berat dan ketahui BMI anda - Memiliki badan yang akagak sihat atau obes akan meningkatkan risiko strok.
  7. Aktif Bersenam - Bersenam mampu menurunkan tekanan darah dan menyihatkan anda disamping membakar lemak.
  8. Hindari alkohol - Minuman alkohol dapat menaikkan tekanan darah, maka sebagai umat islam pun anda wajib mengelakkannya

No comments:

Post a Comment