Tuesday 26 July 2016

TIPS PENTING CEGAH KANSER

1. Elakkan penggunaan gula secara berlebihan terutama frukosa. Semua bentuk gula menjejaskan kesihatan secara umum dan menggalakkan penularan kanser. Fruktosa, adalah jelas salah satu bahan yang amat berbahaya dan perlu dielakkan seberapa banyak yang mungkin.

2. Mengoptimumkan pengambilan vitamin D. Vitamin D mempengaruhi hampir setiap sel dalam badan anda. Ia merupakan salah satu pemusnah semulajadi sel-sel kanser. Vitamin D dapat masuk ke dalam sel-sel kanser dan mencetuskan " apoptosis " (kematian sel). Jika anda menghidap kanser, tahap vitamin D anda harus antara 70 dan 100 ng / ml.

Adalah baik 6 bulan sekali anda menjalani ujian jumlah Vitamin D dalam badan anda. Rujuk carta berikut

Tahap tidak selamat kurang dari 50 ng/ml
Tahap mencukupi 50 - 65 ng/ml
Tahap sekiranya anda mempunyai kanser 65 ng/ml - 90 ng/ml
Tahap terlalu banyak lebih dari 100ng/ml
Rujuk link berikut untuk sumber makanan yang mengandungi vitamin D selain sinaran matahari.
http://www.algaecal.com/vitamin-d/sources.html

3. Pastikan badan anda mempunyai jumlah vitamin A yang mencukupi. Ia sangat penting untuk mencegah kanser payudara. Dapatkannya dari sumber-sumber makanan bukan dalam bentuk supplement. Yang terbaik adalah dari sayuran yang berwarna warni. Badan kita boleh mengimbangi keperluan nutrisi-nutrisi yang diperlukan dengan melupuskan nutrisi-nutrisi berlebihan dengan syarat kita mengambilnya dalam bentuk mentah. Perkara ini penting kerana pengambilan Vitamin A secara berlebihan akan menjejaskan keberkesanan Vitamin D.Berada dibawah sinaran matahari pagi selama 1 jam sehari sudah memadai untuk keperluan Vitamin D anda. Ia adalah percuma.

4. Mengelakkan pengambilan makanan yang dipanggang. Jika anda berisiko tinggi terhadap kanser umpamanya ada dalam keturunan anda pernah mendapat kanser atau mati kerana kanser mengelakkannya sama sekali adalah sesuatu yang sangat penting. Bahan yang berbahaya dalam makanan yang dipanggang dikenali sebagai Acrylamide.Wanita mempunyai risiko tinggi untuk memdapat kanser payudara jika mereka adalah pengemar makanan-makanan yang dipanggang.

5. Berhati hati dengan produk-produk berasaskan soya yang tidak melalui proses fermentasi. Soya adalah makanan yang baik tetapi hanya jika ia melalui proses fermentasi untuk meminimakan unsur utama yang tidak elok untuk bandan ANTINUTRIEN , soya perlu melalui proses fermentasi. Terdapat kajian yang menyatakan satu bahan dalam soya yang dinamakan ISOFLAVON bergabung dengan ESTROGEN dalam badan wanita mempercepatkan pertambahan sel-sel payudara dan ini berisiko tinggi untuk kesilapan dalam proses penyalinan sel.

6. Meningkatkan kepekaan reseptor insulin anda. Cara terbaik untuk melakukan ini adalah dengan mengelakkan gula dan bijirin dan pastikan anda bersenam setiap hari.

7. Kekalkan berat badan yang sihat. Ingat Lemak berlebihan tidak sihat kerna ia menghasilkan estrogen.

8. Minum satu gelas besar jus sayur-sayuran hijau organik setiap hari.Yang terbaik adalah seperti bayam, saderi,lobak,kale, Timun yang dibuang kulitnya dan brokoli.Terung yang direbus adalah sayuran terbaik untuk pembasmian sel-sel kanser.

9. Ambil makanan yang mengandungi lemak haiwan yang tinggi dengan OMEGA 3. Kekurangan OMEGA 3 adalah salah satu faktor penularan kanser.

10. Carcumin. Ini adalah bahan aktif dalam kunyit. Samada anda perbanyakkan penggunaannya dalam masakkan atau beli dalam bentuk yang dikapsulkan. Ia sangat baik dalam rawatan kanser terutamanya kanser payudara. Walaubagaimana pun pengambilan yang dikapsulkan adalah lebih digalakkan kerana carcumin secara amnya tdak dapat diserap dengan baik olih badan olih itu penggunaan melalui yang dikapsulkan lebih disyorkan.

11. Untuk para wanita amalkan menyuskan anak untuk sekurang-kurangnya dalam tempoh 6 bulan. Kajian menunjukkan penyusuan boleh mengurangkan risiko kanser payudara.

12. Untuk wanita elakkan memakai coli yang menggunakan dawai sebagai bingkainya. Ia boleh meningkatkan risiko kanser payudara.

13. Elakkan diri anda dari terdedah pada produk-produk atau berada dalam kawasan medan elektromagnet.

14. Pastikan anda mempunyai iodin yang cukup terutamanya wanita. Para penyelidk menyatakan iodin adalah sangat berguna dalam memusnahkan sel-sel kanser payudara dan tiroid. Dapatkannya dalam bentuk permakanan.

15. Elakkan penggunaan ubat-ubat tahan sakit,ubat pengawalan kolestrol,ubat darah tinggi,suntikkan insulin dan antibiotik. Jika anda terpaksa menggunakannya sedaya upaya cuba beralih kepada yang bersifat semulajadi umpamanya dari tumbuh-tumbuhan. Umpamanya penggunaan ubat darah tinggi dan ubat pengawalan kolestrol dalam jangkamasa melebihi 10 tahun mempertingkatkan risiko kanser hati dan pankerias.

16. Gunakan air tanpa klorin dalam setiap masakkan dan air minuman anda.Jika anda mandi menggunakan air panas pastikan ianya telah dinyahkan klorin. Beratus penyelidikkan saintifik menyatakan majoriti penghidap kanser payudara mempunyai sebatian-sebatian klorin didalam tisu payudara. Mereka mengesyaki klorin menjadi penyebab kepada majoriti kes-kes berkaitan kanser terutamanya kanser payudara.

17. Pastikan penampalan gigi dibuat dengan rapi dan menggunakan jenis simen yang selamat walaupun kosnya agak tinggi. Bakteria yang bersembunyi dibawah simen yang tidak sempurna seringkali menyelinap masuk dalam badan terutamanya kawasan payudara.

Monday 18 July 2016

Ikan Bakar atau Panggang Dapat Tingkatkan Kesihatan Otak

Satu kajian yang dijalankan di Fakulti Sains Kesihatan Universiti Pittsburgh, Amerika menyarankan pengalihan fokus daripada omega-3s kepada memakan ikan, asli dan mudah, bakar atau panggang, untuk meningkatkan kesihatan otak.
“Kajian kami menunjukkan mereka dengan pola makan yang termasuk ikan bakar atau panggang, tapi bukan digoreng, memiliki isipadu otak lebih besar di bahagian yang berkaitan dengan memori dan kognisi,” kata penyelidik kanan James T. Becker, PhD, profesor psikiatri, Fakulti Perubatan, University Pittsburgh.
fish-baked-in-salt-crust-newMeskipun banyak kajian yang memuji pelbagai manfaat kesihatan asid lemak omega-3 terutamanya kesihatan otak, namun Becker dan pasukannya tidak terkesan dengan pengaruh omega-3s dalam kajian mereka.
“Kami tidak menemui kaitan antara tahap omega-3 dan perubahan otak ini, yang membuat kami sedikit terkejut,” katanya. “Ia membuat kami menyimpulkan bahawa kami menerokai ke dalam satu set umum faktor gaya hidup yang memberi kesan kepada kesihatan otak di mana pemakanan hanya sebahagian daripadanya.”
Dengan menggunakan imbasan otak MRI resolusi tinggi, pasukan penyelidik yang diketuai oleh Dr. Cyrus Raji dari Residensi Latihan Radiologi, Universiti California, Los Angeles (UCLA), menganalisis data daripada 260 orang yang pada masa yang sama mengambil bahagian dalam kajian kesihatan jantung. Peserta yang kesemuanya terdiri daripada mereka yang berumur 65 tahun ke atas, dinilai berada dalam kesihatan kognitif yang baik dalam tempoh 10 tahun kajian berlangsung, yang bermula pada tahun 1989. Secara teratur, peserta melaporkan sendiri pengambilan pemakanan mereka.
“Dalam kajian ini, peserta menjawab soalan mengenai amalan pemakanan mereka, seperti berapa banyak ikan yang dimakan dan bagaimana ia disediakan,” kata Raji.
“Ikan bakar atau panggang mengandung tahap omega-3 lebih tinggi berbanding ikan goreng, disebabkan asid lemak hancur dalam suhu tinggi penggorengan, justeru kami mengambilkira perkara tersebut ketika kami memeriksa imbasan otak mereka.”
Penyelidik menyimpulkan bahawa peserta yang makan ikan bakar atau panggang sekurang-kurangnya sekali seminggu, memiliki isipadu korteks otak besar (grey matter) kira-kira 4.3% lebih besar berbanding yang tidak memakannya. Kognisi mereka pun lebih unggul 14 peratus berbanding yang tidak makan ikan dan lebih cenderung untuk mempunyai pendidikan tinggi berbanding mereka yang tidak makan ikan.
“Ini menunjukkan bahwa faktor gaya hidup, dalam kes ini adalah makan ikan, bukannya faktor biologi yang menyumbang kepada perubahan struktural di dalam otak. Gabungan faktor gaya hidup bertanggungjawab ke atas kesihatan otak yang lebih baik, dan ini mungkin mencegah atau menunda masalah kognitif yang mungkin berkembang di kemudian hari,” tambah Becker.- AFP (05/08/2014).

sumber : Info Kesihatan

Friday 15 July 2016

Pastikan Kesahihan Logo Halal

Adakah anda kenal dengan logo Halal Malaysia? Isu halal dalam makanan dan barang kegunaan harian sering diperkatakan kebelakangan ini terutamanya dalam kalangan pengguna yang beragama Islam. Disebabkan itu, pengeluar produk makanan dan barang kegunaan harian di Malaysia berpusu-pusu untuk memastikan produk keluaran mereka mendapat sijil halal dan seterusnya dapat menggunakan logo halal yang sah pada label produk mereka.
Namun begitu, terdapat juga pengeluar yang tidak bertanggungjawab mengambil jalan pintas dengan menggunakan logo halal Malaysia tanpa kebenaran. Selain itu, lambakan produk dari luar negara yang menggunakan pelbagai logo halal dari negara-negara yang berlainan juga boleh mengelirukan pengguna. Sebagai pengguna, kita haruslah mengenali dengan lebih dekat logo halal Malaysia dan logo halal lain yang diiktiraf supaya kita tidak terdedah dengan penipuan ini.
Justeru, artikel ini akan menerangkan dengan lebih lanjut mengenai ciri-ciri logo halal Malaysia untuk dijadikan panduan kepada pengguna. Selain itu, anda akan didedahkan dengan pengeluar logo halal seluruh dunia yang diiktiraf oleh JAKIM dan juga panduan untuk mencari produk halal.
Logo Halal Malaysia
Logo halal bermaksud logo yang didaftarkan di bawah Akta Cap Dagangan 1976 dikeluarkan oleh pihak berkuasa yang diiktiraf iaitu pihak berkuasa (mana-mana satu yang berkenaan) :
  1. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), atau
  2. Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN), atau
  3. Majlis Agama Islam Negeri (MAIN).
Mulai 1 Januari 2012, hanya 1 sahaja logo halal yang diiktiraf di Malaysia iaitu logo halal yang dikeluarkan oleh JAKIM/JAIN/MAIN. Lazimnya logo halal Malaysia akan dicetak pada label makanan atau barang kegunaan harian dan dipamerkan di premis berkenaan. Mari kita kenali logo Halal Malaysia dengan lebih terperinci :
Penerangan Logo Halal (edit)
Rajah 1 : Logo Halal Malaysia dan penerangannya.
Halal berasal daripada perkataan Arab yang membawa maksud dibenarkan atau dibolehkan oleh hukum syarak.
Menurut Perintah Perihal Dagangan 2011 (Penggunaan Perbahasaan Halal), takrif halal bermaksud :
Apabila digunakan berhubung dengan makanan dalam apa-apa juga bentuk dalam perjalanan perdagangan atau perniagaan sebagai suatu perihal dagangan atau sebagai sebahagian daripada suatu perihal dagangan yang dipakai bagi makanan itu, perbahasaan-perbahasaan ‘Halal’, ‘Ditanggung Halal’ atau ‘Makanan Islam’ atau apa-apa perbahasaan lain yang menunjukkan atau mungkin difahamkan sebagai menunjukkan bahawa orang-orang Islam adalah dibenarkan oleh agama mereka memakan makanan itu maka perbahasaan itu hendaklah mempunyai erti yang berikut, iaitu makanan yang berhubung dengan perbahasaan atau perbahasaan-perbahasaan itu digunakan :
  • bukanlah terdiri daripada atau mengandungi apa-apa bahagian atau benda daripada binatang yang orang Islam dilarang oleh Hukum Syarak memakannya atau yang tidak disembelih mengikut Hukum Syarak;
  • tidaklah mengandungi apa-apa benda yang dihukum sebagai najis mengikut Hukum Syarak;
  • tidak disedia, diproses atau dikilang dengan menggunakan apa-apa alat yang tidak bebas daripada benda-benda najis mengikut Hukum Syarak; dan
  • tidaklah dalam masa menyedia, memproses atau menyimpannya itu bersentuhan atau berdekatan dengan apa-apa makanan yang tidak memenuhi kehendak-kehendak perenggan (a), (b) atau (c) atau apa-apa benda yang dihukum sebagai najis mengikut Hukum Syarak.
Di Malaysia, pihak yang bertanggungjawab untuk mengeluarkan sijil dan logo halal tersebut adalah JAKIM, Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) atau Majlis Agama Islam Negeri (MAIN). Pensijilan halal di Malaysia adalah bersifat sukarela iaitu tidak diwajibkan kepada pengilang produk tetapi mereka digalakkan untuk memohon pensijilan halal.
Setelah mendapat pensijilan halal, mereka adalah tertakluk kepada peraturan dan syarat-syarat yang terkandung di dalam sijil tersebut. Logo halal tersebut bolehlah dipamerkan di tempat yang sesuai atau dicetak pada label mengikut kesesuaian produk tersebut.
Penggunaan logo halal tidak hanya terhad kepada produk makanan sahaja. JAKIM menyediakan tujuh (7) skim pensijilan halal. Skim tersebut adalah :
  1. Produk makanan dan minuman
  2. Barang kegunaan harian
  3. Premis makanan
  4. Rumah sembelih
  5. Logistik
  6. Farmaseutikal
  7. Kosmetik dan dandanan diri.
Namun begitu, terdapat beberapa jenis produk yang tidak layak untuk dipersijilkan halal. Antaranya :
  1. Produk tidak halal
  2. Produk farmaseutikal yang memerlukan preskripsi daripada doktor
  3. Produk yang memberi implikasi negatif kepada agama dan sosial (contoh : dadah, rokok, pewarna rambut dan kuku)
  4. Baja dan makanan binatang
  5. Pinggan-mangkuk dan bekas makanan/minuman
  6. Produk yang menggunakan nama yang sinonim dengan dengan nama tidak halal seperti ham, bak kut teh, bacon, beer, rum, brew, char siew dan seumpama dengannya
  7. Produk siap luar negara yang dilabel semula (relabelling) tanpa menjalani apa-apa proses di Malaysia
  8. Penggunaan jenama yang sama bagi produk halal dan tidak halal.
Sebagai pengguna, kita haruslah memeriksa dengan teliti logo halal yang digunakan pada label produk atau yang dipamerkan di premis-premis. Pastikan bahawa hanya logo halal Malaysia seperti yang dipaparkan di atas sahaja yang digunakan. Ini adalah bagi mengelakkan kekeliruan kepada pihak pengguna sekiranya terdapat terlalu banyak logo halal lain yang digunapakai.
Antara logo halal yang dilarang penggunaannya di bawah Akta Perihal Dagangan 2011 adalah :

Logo Halal Luar Negara Yang Diiktiraf
Selain Malaysia, terdapat beberapa negara di seluruh dunia yang mempunyai badan pensijilan halal. Badan pensijilan halal tersebut telah diiktiraf oleh JAKIM dan logo mereka dibenarkan untuk dipamerkan pada produk keluaran negara mereka.
Sebagai pengguna terutamanya yang beragama Islam, adalah sangat penting untuk kita mengenali badan-badan pensijilan halal tersebut yang diiktiraf. Perkara ini dapat mengelakkan kita daripada berasa ragu-ragu untuk membeli barangan atau memasuki premis-premis tertentu ketika berada di luar negara.
Berikut adalah senarai badan pensijilan halal di luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM setakat 15 Februari 2016.
Badan Halal Diiktiraf

Panduan Mencari Produk Halal Di Malaysia
Tahukah anda, telah banyak syarikat di Malaysia yang memiliki Sijil Halal Malaysia? Jumlah ini juga semakin bertambah dari hari ke hari. Bagaimanakah caranya untuk kita mendapatkan maklumat mengenai produk halal tersebut?
Jangan risau, semua maklumat tersebut kini berada di hujung jari anda. Terdapat beberapa platform yang disediakan oleh JAKIM kepada pengguna bagi memudahkan carian produk halal. Antaranya adalah :
    1. SMS
      Semak Status Halal SMS
    2. Memuat turun aplikasi “Halal Square” pada telefon pintar (Android dan iOS)
      Halal Square Apps
    3. Melayari laman web www.halalpages.com.my
      Halal Pages
    4. Melayari portal rasmi Halal Malaysia : www.halal.gov.my

Kesimpulan
Sebagai pengguna, kita terdedah dengan pelbagai produk yang terdapat dalam pasaran di negara kita. Sebagai pengguna muslim, adalah merupakan satu kewajipan bagi kita untuk mencari makanan mahupun produk yang halal.
Justeru, kita haruslah berhati-hati dalam memilih produk-produk yang dijual.
      • Pastikan produk-produk mempunyai logo Halal Malaysia ataupun logo halal daripada badan pensijilan halal yang diiktiraf oleh pihak JAKIM.
      • Perhatikan logo yang digunakan, jangan sampai kita terbeli produk yang menggunakan logo halal palsu.
      • Pilihan yang bijak akan memastikan pengambilan makanan yang suci dan bersih.
  1. sumber : Portal Rasmi Myhealth Kementerian Kesihatan Malaysia

Logo Halal Dilarang 1Logo Halal Dilarang 2
Logo Halal Dilarang 4Logo Halal Dilarang 5
Logo Halal Dilarang 3sijil halal IFRC Asia

      Portal Halal Malaysia crop