Friday 17 February 2017

STROK

Cara Merawat Penyakit Strok Atau Angin Ahmar


Tahukah anda bahawa penyakit strok adalah punca kematian Ke-4 terbesar di Malaysia selepas penyakit jantung dan kanser ? Setiap tahun dianggarkan 40 000 orang diserang strok.


Bagaimana Strok Terjadi ???

Strok adalah serangan otak dan terjadi apabila bekalan darah otak terganggu. Otak merupakan pusat saraf tubuh yang mengawal setiap perubatan atau fikiran, di samping mengawal fungsi-fungsi automatik seperti penafasan, pencemaran dan sebagainya.

Otak memerlukan bekalan darah berterusan yang membawa oksigen dan nutrien untuk terus berfungsi dengan baik. Sekiranya saluran darah di dalam otak pecah ataupun tersumbat, bekalan darah akan terhenti dan sel-sel otak akan kekurangan oksigen dan nutrien.

Seterusnya bahagian otak itu mula mati dan anda akan mengalami strok. Kerosakkan otak menjejaskan deria-deria anda, pertuturan dan pemahaman bahasa. Sebelah tubuh mungkin lumpuh, sikap, corak pemikiran dan ingatan terubah. Semuanya berlaku dengan senyap tetapi pantas.


" Secara mudahnya, strok berlaku bila saluran darah tersumbat. Maka aliran darah ke otak terganggu. Apabila otak tidak menerima oksigen yang mencukupi, sel-sel otak akan rosak seterusnya menyebabkan bahagian badan yang dikuasai oleh bahagian otak yang rosak itu tidak dapat bergerak."

Punca Strok
  • Keadaan Kesihatan Individu
Hipertensi (Penyakit tekanan darah tinggi), Kolestrol, Ateriosklerosis, gangguan jantung, diabetes, sejarah keturunan strok dalam keluarga dan migrain boleh menyebabkan terjadinya strok. Berdasarkan statistik 80% pesakit darah tinggi dan arteriosklerosis adalah berisiko terkena serangan strok.
  • Gaya Hidup dan Cara Pemakanan
Gaya hidup dan pola permakanan yang tidak seimbang seperti merokok, makanan segera, makanan proses dan makanan ringan menyumbang kepada penyakit strok ditambah lagi dengan kekurangan bersenam. Sikap mudah marah, murung dan lain-lain sikap negatif turut mrmudahkan seseorang diserang strok.

Tanda-Tanda Seranga Strok 
  • Rasa pusing kepala, sakit kepala yang mendadak tanpa sebab yang jelas.
  • Rasa bingung, celaru dan keliru.
  • Sebelah mata kabur secara tiba-tiba.
  • Susah untuk berjalan dan hilang kesimbangan badan secara mengejut.
  • Terasa seperti hendak mati dan kaku/kebas pada muka, tangan kaki atau sebahagian tubuh sahaja.
  • Rasa mual dan muntah-muntah.
  • Terasa seperti hendak pitam atau pengsan secara tiba-tiba.
Menurut Penasihat Neorologi Pusat Perubatan Prince Court, Dr. Julia Shahnaz Merican, setakat ini 70% daripada mangsa serangan angin ahmar tidak menyedari diserang pesakit itu.

Katanya, antara tanda-tandanya ialah apabila merasa diri lemah atau kebas secara tiba-tiba pada muka , lengan dan di sebelah bahagian badan.

"Selain itu, penglihatan juga menjadi kabur secara tiba-tiba pada sebelah atau kedua-dua belah amta," katanya ketika menyampaikan ceramah Forum Angin Ahmar anjuran Persatuan Angin Ahmar Kebangsaan Malaysia (NASAM) di Kuala Lumpur.

Tanda- tanda awal lain termasuk mengalami kesukaran untuk bertutur dan perkataan yang disebut jadi tidak jelas.

"Jika anda tiba-tiba menghadapi kecelaruan mental atau sawan epilepsi, semut-semut di bahagian dagu, clumsiness, hilang deria, pening kepala, hilang imbangan badan dan sakit kepala yang teruk tanpa sebab maka segera jalani rawatn," katanya.

Dr. Julia berkata, satu tanda yang jelas angin ahmar akan berlaku adalah apabila berlakunya serangan Iskemia Sementara (TIA) atau mini angin ahmar iaitu gangguan sementara bekalan darah ke bahagian tertentu otak.

"Sekalipun gejala ini lazimnya hilan sepantas ia datag dimana pesakit akan pulih tetapi rawatan perubatan perlu kerana jika dibiarkan akan menyebabkan kerosakkan otak lebih teruk," katanya lagi.

Dr. Julia berkata, sekalipun risiko serangan ahmar lebih tinggi ke atas golongan tua tetapi orang muda tidak boleh memandang remah kerana dia pernah merawat pesakit yang berusia 24 tahun.

Jelas Dr. Julia, serangan angin ahmar sehingga kini telah mula menyerang mereka yang berusia sekitar umur 30/40 dan 50-an .

Sehubungan itu, setiap orang perlu berwaspada dengan tekanan darah masing-masing khususnya kepada penghidap hipertensi.

"Tekanan darah tinggi sebenarnya yang menjadi punca utama  serangan angin ahmar selain mereka yang menhidap penyakit jantung dan dibetes."

Sementara itu, Pakar Pertuturan dan Pantologi Bahasa dari Persatuan Pertuturan-Bahasa dan Pendengaran Malaysia (MASH), Cecilia Santiago berkata, 30 peratus daripada pesakit yang diserang angin akan menghadapi masalah untuk berkomunikasi.

Katanya, ini kerana serangan angin ahmar biasanya berlaku di bahagian sebelah kiri otak yang boleh menjejaskan keupayaan bertutur dan keupayaan dalam bahasa.

Sehubungan itu, katanya, terapi pertuturan amat penting dalam usaha memulihkan keupayaan mangsa angin ahmar supaya boleh berkomunikasi dengan betul.

”Disebabkan pesakit angin ahmar sukar bertutur dan mengeluarkan suara atau bunyi yang difahami oleh orang lain maka keluarga perlu berusaha untuk membantu mereka,” katanya.

Katanya, pesakit boleh dibantu untuk menulis, menggunakan bahasa isyarat, melukis supaya dapat berkomunikasi semula.

Bagaimanapun ia tidak mudah untuk dilakukan memandangkan pesakit biasanya akan menghadapi masalah untuk memahami atau memilih perkataan, angka atau isyarat dengan betul.

Selain itu, katanya, pesakit juga biasanya mengalami kesukaran untuk mengawal lidah dan menelan.

”Otot-otot pada lidah dan tekak adalah otot-otot yang sama digunakan untuk menghasilkan bunyi atau suara.




Cara Merawat Strok Atau Cara Menghindari

  1. Elakkan dan berhenti merokok - Mrokok menyebabkan atherosclerosis dan membuatkan darah menjadi mudah menggumpal.
  2. Periksaan darah secara rutin - Tekanan darah yang tinggi boleh menyebabkan pembuluh darah mengalami tekanan berlebihan.
  3. Penyakit jantung - Sekiranya terdapat atau gangguan seperti detak yang tidak teratur atau kadar kolestrol tinggi, anda seharusnya mendapat rawatan susulan doktor atau mengelakkan terjadinya serangan strok.
  4. Kawal Stress - Stress atau depresi menggangu kesihatan jantung, kawal dan tangani stress dengan bijak
  5. Menjaga pemakanan - Ikut piramid makanan, lebihkan sayuran dan buah-buahan supaaya makanan berserat itu dapat mengawal lemak, kirangkan lemak, garam dan gula. Hindari makan daging merah terlalu banyak kerana menyebabkan pembuluh darah mengeras.
  6. Kawal Berat dan ketahui BMI anda - Memiliki badan yang akagak sihat atau obes akan meningkatkan risiko strok.
  7. Aktif Bersenam - Bersenam mampu menurunkan tekanan darah dan menyihatkan anda disamping membakar lemak.
  8. Hindari alkohol - Minuman alkohol dapat menaikkan tekanan darah, maka sebagai umat islam pun anda wajib mengelakkannya

Friday 10 February 2017

INFO SEKILAS KANSER KULIT



Kulit adalah organ yang paling besar pada pada manusia, iaitu lebih kurang 20,00 kaki persegi. Tambahan pula kulit adalah organ paling luar yang bertindak sebagai pelindung kepada manusia, kulit mudah terdedah kepada pelbagai jenis penyakit, pencemaran, kerosakan akibat persekitaran dan penuaan.
Antara penyakit kulit yang ditakuti oleh barah kulit. Barah kulit ialah ketumbuhan pada kulit yang disebabkan oleh pertumbuhan sel yang tidak normal disebabkan oleh radiasi atau terdedah kepada bahan-bahan yang menyebabkan kanser.
Kanser kulit mempunyai pelbagai jenis mengikut asalnya daripada lapisan kulit yang berlainan. Tiga jenis barah kulit yang utama ialah:
1. Basal sel carcinoma
2. Squamos sel carcinoma
3. Malignant melanoma

Kanser kulit mengikut jenis secara ringkas.


Basal cell carcinoma

kanser kulit mukaKanser ini adalah jenis kanser yang paling biasa dikalangan manusia yang berasal daripada sel kulit yang paling asas, ataupun lapisan paling bawah.
Secara umumnya, kanser jenis ini pertumbuhannya adalah lambat dan jarang sekali merebak ke organ lain, namun boleh merosakkan kawasan sekitar kulit dan dibawahnya.
Ia boleh wujud dalam bentuk ulser, atau ketumbuhan yang kecil, nampak bersinar dan kadangkala terdapat saluran darah. Apabila ketumbuhan ini pecah, ia boleh membentuk ulser dengan lapisan tepi yang timbul.

Squamos cell carcinoma


Kanser ini pula boleh terjadi jika terdapat keradangan ataupun ulser yang berpanjangan pada kulit. Kanser ini dikenali dengan warnanya yang kemerahan pada permukaan kulit dan sedikit bersisik, berbentuk tidak sekata dan sakit apabila disentuh.



Melanoma




Melanoma boleh wujud di mana-mana bahagian kulit sama ada kulit normal ataupun tahi lalat hidup yang berukar menjadi kanser. Kanser ini biasanya berwarna gelap atau hitam walaupun ada ynag mungkin berwarna terang dengan permukaan yang tidak sekata.




Langkah-langkah pencegahan kanser kulit

1. Kurangkan pendedahan kepada pancaran matahari berlebihan, terutamanya individu yang berkulit cerah.
Contohnya memakai krim pelincung matahari, memakai pakaian berlengan panjang dan memakai topi apabila melakukan aktiviti luar rumah.
2. Mengelakkan pendedahan kepada pancaran matahari pada waktu yang mempunyai kadar UV yang tinggi, iaitu dari pukul 9 pagi hingga 3 petang.
3. Berhenti atau elakkan merokok dna menjauhi daripada terdedah kepada asap rokok.
4. Tingkatkan sistem ketahanan badan dengan memakan makanan berkhasiat dan sihat, dan mengambil suplemen.
5. Periksa kulit secara berkala dan segera berjumpa doktor sekiranya terdapat apa-apa perubahan yang mencurigakan, terutamanya mereka yang mempunyai banyak tahi lalat, mempunyai tanda lahir dan berkulit cerah.


Thursday 2 February 2017

Apricon : Kehebatan Vitamin B17


Vitamin B17

Sebarang pencarian mengenai rawatan dan pencegahan kanser akan membawa kepada penemuan vitamin B17. Mungkin Vitamin B17 terlalu asing dan agak sukar untuk mempercayainya, namun ia sebenarnya telam lama ditemui dan terbukti mampu membantu terapi kanser. 

Vitamin B17 adalah penawar semulajadi yang terdapat pada lebih 1200 jenis tumbuh-tumbuhan atau buah-buahan terutamanya biji aprikot. 

Malangnya tabiat pemakanan kita hari ini telah mengetepikan dan mengurangkan penggunaan B17 yang rasanya agak pahit tetapi berkesan mencegah kanser. Kenyataan tersebut disokong oleh bukti kejayaan hasil penemuan pada 1950 oleh pakar biokimia, Dr. Ernest T Krebs yang berjaya mencungkil rahsia kehebatan Vitamin B17 dalam rawatan kanser.


Daripada penyelidikan, biji aprikot yang menjadi makanan kaum Hunza menjadikan mereka bebas kanser, sihat dan lanjut usia sehingga lebih 120 tahun. 

Hasil kajian juga mendapati haiwan liar tidak akan dijumpai mati akibat kanser sebailiknya haiwan yang dipelihara di dalam zoo kemingkinan besar akan mati akibat kanser walaupun diberi makanan yang kaya nutrien namun tidak mengandungi Vitamin B17. 



Jepun adalah contoh terbaik kerana merekodkan kadar kanser paling rendah di dunia. Walaupun dikatakan negara serba moden serta mempunyai persekitaran kehidupan uang kian terancam akibat kemodenan, namun negara tersebut mempunyai kadar kesihatan tinggi dengan usia mencecah 90 tahun, impak daripada pengamalan diet seimbang yang mengandungi Vitamin B17.



Terapi Kanser

Pakar perubatan berpengalaman dan bekas ketua Jabatan Anatomi di Fakulti Perubatan UKM yang juga penaung produk Apricon Farmas Health, Profesor Madya Dr. Syed Zainal Husin Wafa mengakui biji aprikot mengandungi Vitamin B17 paling tinggi berbanding tumbuhan lain dan dapat membantu mencegah dan merawat penyakit kanser.



Dalam terapi metabotik, apabila Vitamin  B17 bertindak balas dengan sel kanser, enzim betaglucosidase dalam sel kanser itu berupaya menguraikan elemen Vitamin B17 seterunya mematikan sel kanser.

Vitamin B17 sememangnya cukup unik kerana tugasnya hanya menyerang sel kanser dan sel-sel yang tidak normal. Ia juga dapat membantu meningkatkan keseimbangan PH dalam tubuh, memperlahankan penyebaran kanser, mengurangkan kandungan kolestrol dan membantu merawat penyakit jantung dan diabetes.


APRICON FARMAS HEALTH 

Apricon Farmas Health adalah produk terunggul di Malaysia dengan formulasi hebat 100 peratus biji aprikot yang dikisar halus dengan kawalan famaseutikal tinggi tanpa sebarang campuran bahan kimia bagi mengekalkan kandungan Vitamin B17 paling optimum, yang amat diperlukan oleh manusia untuk meningkatkan sistem ketahanan dan imunisasi tunuh badan.


Sementara itu, Presiden Kelab Prostar Malaysia, Dr. Ismail Lasa berkata, "Apricon Farmas Health kaya dengan vitamin B17 dan dapat membantu meningkatkan kecergasan seseorang sekaligus mengurangkan kebergantungan terhadap ubat-ubatan.

Produk Apricon Farmas Health tidak perlu diragui kerana telah mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia dan kini boleh mendapatkan di pasaran.


APRICON adalah produk makanan kesihatan yang dikeluarkan oleh TK FARMAS SOLUTION & INDUSTRIESAPRICON mengandungi 100 peratus aprikot kernel yang kaya dengan Vitamin B17 dikenali juga sebagai Amygdalin atau Laetrile. Ia akan dikisar halus setelah menjalani proses sinaran UV bagi menyingkirkan bekteria, kulat dan radikal bebas.

Vitamin B17 juga mampu meningkatkan sistem imunisasi dan daya ketahanan tubuh badan serta mampu meningkatkan kecerdasan dan tahap kesihatan seseorang individu. 

Komponen Vitamin B17 atau Amygdalin berfungsi sebagai agen kimoterapi semula jadi yang mampu mengawal pertumbuhan sel tidak normal yang tidak terkawal secara efektif.

Berdasarkan kajian saintifik dan ujian klinikal yang dilaksanakan, Vitamin B17 atau Amygdalin mampu merawat dan memulih masalah sistem metabolik dan menstabilkan sistem tubuh badan yang berfungsi secara tidak normal. Untuk maklumat lanjut boleh layari :- http://www.farmashealth.com.my/