Friday 31 March 2017

Ubat Batuk

Penjelasan Tentang Ubat Batuk – En. Mark Cheong

Tatkala memasuki sesebuah farmasi sambil berjalan ke arah rak di mana tersusunnya ubat batuk dan terlihatlah pelbagai jenama ubat batuk, setiap satunya terpampang bukti kehebatan tersendiri pada botolnya. Terdapat juga ubat batuk yang amat dikenali, hasil daripada liputan meluas melalui pengiklanan di kaca televisyen. Walaupun terdapat pelbagai jenis ubat batuk, hakikatnya kebanyakannya terdiri daripada bahan buatan yang sama. Persoalannya; apakah kandungan ubat batuk itu dan apakah fungsi mereka?

Guaifenesin adalah satu antara bahan-bahan yang kebiasaanya terdapat dalam ubat batuk. Kandungan Guaifenesin ini diketogerikan sebagai expectorant. Expectorant membantu membuang kahak dan rembesan-rembesan yang lain melalui saluran pernafasan, mengurangkan kerengsaan serta ketidakselesaan pada saluran pernafasan. Guaifenesin adalah selamat untuk diberikan kepada kanak-kanak. Ia tidak mengandungi signifikan terhadap preskripsi ubat-uabatn yang lain. Pesakit Kencing manis juga boleh mendapatkan formulasi gualifenesin yang bebas gula.

Terdapat beberapa jenis bahan lain yang wujud dalam kandungan ubat penahan batuk (atau dikenali sebagai Antitussive). Ini termasuklah 'codeine' (di mana ia agak sukar didapati melalui pembelian di kaunter pada amsa kini), pholcodeine dan dextromethorphan. Antitussive sering diambil sebagai ubat untuk batuk yang tidak produktif, namun kajian menunjukkan bahawa ubat ini tidak membawa sebarag faedah. Oleh itu, Kebanyakan doktor mengakui tentang peranan ubat penahan batuk yang agak terhad, Sebaliknya menyarankan agar pesakit memperbanyakkan amalan minum air.




Codeinepholcodeine dan dextromethorphan perlu diambil dengan berhati-hati kerana berpotensi memberikan kesan sampingan terhadap ubat-ubatan lain yang telah dibekalkan terdahulu. Antara kesan-kesan sampingannya ialah membawa kepada pelalian dan juga boleh mengakibatkan sembelit. Pesakit asma juga perlu berhati-hati dalam pengambilan ubat-ubatan ini kerana secara teori ia boleh membawa respiratory depression (istilah perubatan yang digunakan untuk menggambarkan sebarang keadaan di mana kadar pernafasan seseorang individu di bawah 12-nafas setiap minit atau bermakna kesukaran bernafas). Codeinepholcodeine dan dextromethorphan harus dielakkan oleh wanita hamil pada usia trimester ketiga kandungan.

Kebanyakkan campuran dan persediaan ubat batuk yang ada mengandungi anthistamin dan terdapat beberapa jenis anthistamin yang biasa digunakan adalah termasuk diphenhydramine, chlorpheniraminepromethazine dan triprolidine. Antihistamin dianggap dapat membantu, dengan mengeringkan rembesan dari saluran pernafasan, manakala kesan positif boleh membantu seseorang yang mengalami batuk untuk mempunyai tidur malam yang lebih baik. Antara kesan-kesan sampingan anthistamin adalah seperti mulut kering, sembelit dan juga pelalian. Pengunaan anthistamin kepada kanak-kanak perlu dilakukan dengan berhati-hati, manakala untuk kanak-kanak yang berumur kurang dari 2 tahun adalah tidak digalakkan, melainkan jika terdapat kebenaran dari doktor.

Tuesday 21 March 2017

Antara penyebab Diabetes



Diabetes terjadi kerana kekurangan insulin, insulin merupakan zat yang dihasilakn pankreas untuk mengolah zat gula darah (glukosa) sehingga dapat menjadi tenaga. Namun makanan yang dimakan tidak akan menolong, sebab gula di dalam darah tetap tidak boleh diproses menjadi tenaga secara normal, walaupun kadarnya akan terus meningkat.Peristiwa tersebut disebut sebagai Hiperglikemia, iaitu pembentuakan glukosa yang terjadi di dalam darah.




Terdapat 3 jenis utama Diabetes
  1. IDDM (Insulin Dependent Diabetes Mellitus) - Kes ini berlaku sejak bayi kecil. Namun jumlahnya hanya 10% pergantungannya kepada insulin.
  2. NIDDM (Noninsulin Dependent Diabetes Mellitus) - 90% kes kencing manis adalah jenis ini. Ia berlaku selepas dewasa. ada 2 kemungkinan anataranyan kekurangan insulin atau insulin kurang aktif.
  3. Gestational Diabetes - Kes ini berlaku apabila ibu-ibu yang mana peringkat glukosa dalam aliran darah berlaku semasa mengandung "si ibu tidak mempunyai diabetes sebelum mengandung".
Bagi pesakit yang kena diabetes ini tidak mempunyai ubat pemulihan segera tetapi ia boleh dikurangkan dengan proses PENCEGAHAN & PERHATIAN dapat memberi manfaat terhadap diri sendiri

Golongan Yang Berpotensi
  • Obesiti (Kegemukkan).
  • Middle age.
  • Inactive.
  • Mereka yang mempunyai keinginan yang tinggi terhadap makanan kurang manis.
Tanda- Tanda Diabetes
  • Keletihan/Kelesuan.
  • Dahaga yang luar biasa.
  • Kerap buang air kecil.
  • Kulit gatal - mudah jadi jangkitan.
  • Penglihatan mula kabur.
  • Hilang Imbangan
  • Luka lambat sembuh.
  • Kebas-kebas kaki.
Komplikasi-Komplikasi Kencing Manis
  • Hilang penglihatan
  • Importancy
  • Gangrene
  • Infection
  • Serangan Jantung/Stroke (arteriosklerosis) - penyempitan arteri besar. Risiko 2 hingga 4 kali ganda. Untuk stroke 2 - 6 kali.
  • Masalah Neurologo (Neuropati) - Menjejaskan fungsi saraf seperti semut-semutan, rasa terbakar dan kebas
  • Tekanan darah tinggi.
  • Sakit buah pinggang.

Keperluan Vitamin

1.  B-COMPLEX  
  • Paling penting kerana ia dilibatkan secara rapat metabolisme gula pembebasan tenaga.
  • Dalam kes neuropati (kesakita atau gejala kebakaran) - 80% bertambah baik, dan mendapat kelegaan menyeluruh
  • Boleh meningkatkan penggunaan glukosa.
  • Amat penting bagi kencing manis jeni NIDDM.
  • Membantu bagi mereka yang mengalami ulser kaki dan juga ulser.
  • Kekurangan B 6 - keadaan ni lebih banyak berlaku berbanding orang biasa. B 6 perlu bagi bagi membolehkan metabolisma normal bagi asid amino yang dinamakan triton.
2.  ZINC
  • Paling mustahak kerana insulin mengandungi ZINC paling tinggi.
  • ZINC banyak hilang waktu kencing dan ia perlu diganti.
  • Pankreas mengandungi kira-kira 1/2 jumlah simpanan ZINC berbanding orang normal.
  • ZINC merupakan komponen di dalam sebilangan enzim badan.
  • Bantu menyembuhkan luka dan insisi pembedahan.
  • Merangsang sistem pengimunan badan.
3.  FIBER
  • Berfungsi mencegah perubahan paras gula darah secara mendadak.
  • kurang kolestrol total.
  • Orag kencing manis kerap kena sembelit jadi ia berfungsi untuk mengatasinya.
4.  VITAMIN C
  • Memperbaiki sistem pengimun badan.
  • Melindungi daripada pencemaran persekitaran udara.
  • Menguatkan kapilari dan saluran darah agar saluran darah tidak mudah membocorkan darah dalam tisu.
  • Melindungi Vitamin E dalam badan.
  • Mengurangkan tempoh serangan selsema.
  • Perlindungan tahap kanser.

Sumber 

Wednesday 15 March 2017

Petua Merawat Migrain Tanpa Ubat

  

Migrain atau dikenali sebagai hemikrania dalam bahasa Greek merupakan penyakit yang tidak asing lagi dikalangan masyarakat kita, mahupun dunia. Sakit kepala yang kerap, berdenyut-denyut yang menyerang bahagian kanan kepala kemudian melarat ke keseluruhan kepala merupakan petanda anda menghidap penyakit tersebut.

Dalam kes yang teruk, ada pesakit migrain yang mengalami cirit birit berlarutan, pening, muntah, sehingga ada yang sensitif terhadap cahaya terang dan bunyi-bunyian yang kuat.

Antara punca orang boleh mengalami migrain ialah:
  1. Pengambilan makanan tambahan (supplement) berasaskan hormon seperti pil perancang atau hormon gantian.
  2. Makan secara berlebihan makanan yang mengandungi monosodium glutamate (MSG) seperti ajinomoto, cheese, nitrate, coklat, kekacang, alkohol dan aspartame. Ada antara makanan ini yang mengandungi tyramine atau phenylethylamin yang bertindak mengembangkan saluran darah sehingga boleh menyebabkan magrain.
  3. Diet keterlaluan juga boleh menjadi punca migrain kerana kandungan gula yang rendah dalam badan boleh menyebabkan saluran darah berkembang.
  4. Pengambilan minuman berkafien secara kerap.
  5. Merokok.
  6. Kitaran tidur tidak tetap. Tidur kurang atau berlebihan juga boleh menyebabkan migrain.
  7. Menurut Dr. Zubaidi, migrain juga boleh berpunca daripada keturunan.

Migrain tidak boleh dihilangkn serta merta tetapi hanya boleh dikurangkan dengan pengambilan ubat-ubatan seperti paracetamol dan painkiller yang diketahui memberi kesan sampingan kepada sistem badan yang lain terutama hati dan buah pinggang.

Justeru, pelbagai rawatan alternatif disediakan untuk penghidap migrain dan ia diakui sendiri oleh pengamal perubatan moden, antaranya ialah:

1. Sujud

Otak manusia memerlukan darap yang cukup untuk berfungsi secara normal dan ada di antara saraf-saraf dalam otak tidak dapat dilalui melainkan dengan sujud. Oleh itu, banyakkan bersujud dan bagi umat Islam, sujudlah lebih lama ketika solat. Disamping mampu melegakn migrain, kaedah ini juga dapat mendekatkan anda kepada agama.


2. Rendam tangan atau kaki dalam ais

Kaedah ini diakui dapat melegakan migrain dengan cepat. Secara psikologinya, apabila tangan atau kaki anda terlalu sejuk, tumpuan anda tidak lagi pada sakit kepala. Jadi, migrain akan hilang walau sekejap!


3. Tidur dalam bilik gelap
Baring, tutup lampu, tingkap, tutp mata rapat dan rehatlah seketika secara aman dan tenang, lebih-lebih lagi ketika diserang migrain. Ini dapat melegakan sakit kepala anda disamping menenangkan jiwa. Amalkan tidur dalam keadaan gelap.


4. Baring kepala di bawah, badan di atas

Cuba letakkan posisi kepala anda lebih rendah ketika baring atau anda boleh mengamalkan seperti gambar di bawah. Secara rasionalnya, migrain disebabkan kurang pengaliran darah dan oksigen dalam otak, jadi dengan posisi tersebut, darah akan lebih banyak mengalir ke otak.


Tapi ingat! Jangan buat terlalu lama, takut penyakit lain yang datang!

5. Berbekam


Manfaat berbekam terlalu banyak terutama dalam merawat migrain atau sakit kepala. lihatlah pada sabda Nabi Muhammad SAW: “Tidak seorang yang mengadu sakit kepalanya kepada Rasulullah saw melainkan baginda mengatakan. “Berbekamlah” (Sahih Sunan Abi Daud). Diriwayatkan oleh Anas bin Malik r.a., “Bahawa Rasulullah saw pernah berbekam ketika Baginda berada dalam keadaan berihram daripada sakit yag dirasakan di kepala Baginda”.


6. Bernafas lebih efisien

Kajian menunjukkan kurang 50% penduduk dunia tidak bernafas dengan betul. Bernafas secara efisien boleh menambahkan jumlah oksigen dalam otak. Jadi, pejamkan mata dan tarik nafas! Otot mata anda akan lebih tenang dan segar.

7. Urut

Alam nusantara terkenal dengan kaedah urutan untuk melegakan penyakit. Anda boleh cuba kaedah urutan di dalam video ini. Selain melegakan sakit kepala, ia juga untuk membuang angin dalam kepala.

Friday 3 March 2017

TEKANAN EMOSI PESAKIT KANSER


Kanser adalah dikategorikan sebagai penyakit kronik yang menakutkan dan mempunyai kesan fizikal dan psikologi yang serius jika tidak ditangani dengan betul.Contoh penyakit kronik lain adalah penyakit kencing manis, darah tinggi, sakit jantung, sakit buah pinggang dan sebagainya. Sebenarnya tanggapan bahawa penyakit kanser adalah hukuman mati kepada pengidapnya semakin kurang relevan kerana penyakit ini boleh disembuhkan sepenuhnya jika pesakit datang dan dirawat pada peringkat awal. Malahan banyak lagi penyakit-penyakit kronik lain yang lebih memudaratkan.Penyakit kencing manis umpamanya tidak kurang bebannya jika tidak dikawal dengan baik kerana kencing manis boleh menyebabkan komplikasi kepada hampir semua organ badan dan pengidapnya boleh menderita seumur hidup. Begitu juga penyakit darah tinggi, jantung dan penyakit buah pinggang kronik yang telah membunuh berjuta-juta orang manusia setiap tahun, pengidap penyakit-penyakit ini perlu dirawat untuk selama lamanya.Seperti yang saya sebutkan tadi, pada hari ini pesakit kanser yang dirawat boleh sembuh sepenuhnya dan boleh menjalani kehidupan seperti orang lain yang normal. Malahan ramai bekas pesakit kanser yang bukan sahaja sembuh tetapi masih boleh terus menyumbang kepada kemajuan negara, kepada kebajikan dan kebaikan orang lain. Jangan jadikan mengidap kanser ini sesuatu petanda yang anda tidak mempunyai masa depan.

BAGAIMANA MENGHADAPI TEKANAN PSIKOLOGI AKIBAT DARI MENGHIDAP KANSER

Menjalani rawatan kanser tidak bermakna anda mesti melupakan keseronokan hidup. Anda masih boleh berjenaka, bergaul rapat dengan keluarga dan rakan-rakan, mengadakan hubungan seksual, melakukan aktiviti harian dan meneruskan hobi anda. Jika anda merasa ceria dan memenuhi masa lapang dengan pelbagai aktiviti yang berfaedah, anda tidak akan terlalu memikirkan masalah penyakit anda dan ini adalah sesuatu yang baik untuk kesihatan anda.

Kebiasaannya, anda akan merasa bingung dan tidak tentu arah setelah mengetahui tentang penyakit dan rawatan anda. Ada harinya anda merasa yakin, penuh harapan dan boleh mengawal diri. Pada hari-hari yang lain, anda akan berperasaan sangat negatif. Anda mungkin merasa takut untuk menghadapi penyakit dan merasa tidak berdaya, takut akan kematian atau apa yang berlaku di kemudian hari. Anda mungkin merasa bimbang tentang perubahan yang akan berlaku dalam hidup anda, masalah kewangan atau samada keluarga anda boleh menghadapi situasi ini. Walaupun anda seorang yang selalunya penuh keyakinan, anda mungkin tidak dapat mengelak berperasaan muram jika terus memikirkan perkara-perkara buruk yang akan berlaku.

Walaupun anda boleh cuba menyingkirkan perasaan-perasaan yang negatif dengan cara tidak memikirkannya, adalah lebih baik jika anda belajar untuk menerimanya dan membuatkan mereka yang rapat dengan anda menerimanya juga. Jika anda berjaya menangani masalah-masalah emosi ini, anda akan mempunyai lebih keyakinan diri dan mampu membuat keputusan-keputusan penting. Sikap yang terbuka dan positif akan membuatkan anda lebih kuat dan yakin untuk menghadapi rawatan dan menahan kesan-kesan sampingannya.

Salah satu kaedah yang penting untuk menjaga diri anda dan melawan tekanan perasaan ialah dengan membenarkan orang lain membantu anda.

APAKAH YANG BOLEH ANDA LAKUKAN UNTUK MEMULIHKAN KESTABILAN EMOSI ANDA
  1. Berfikiran positif adalah satu sikap yang akan memberi anda kekuatan untuk menghadapi penyakit kanser. Sesungguhnya kematian itu adalah kepastian, tidak ada sesiapa yang terkecuali dan sesiapa pun tidak tahu bagaimana caranya mereka akan mati. Apa yang penting adalah sentiasa bersyukur dengan pemberian tuhan dan menganggap ini adalah satu ujian dan jika berupaya menghadapi ujian ini, ganjarannya tak ternilai malah lebih besar dari apa-apa saja ganjaran di dunia ini.
  2. Luahkan perasaan anda. Kebanyakan orang akan merasa lega, kurang takut dan tidak kesunyian setelah mereka meluahkan perasaan mereka. Cuba berkongsi perasaan anda dengan mereka yang mengambil berat tentang diri anda. Berbincanglah dengan keluarga, rakan-rakan, pesakit-pesakit kanser yang lain atau doktor keluarga anda bila anda merasa bersedia untuk berbuat demikian.
  3. Keluarga atau rakan-rakan anda mungkin akan merasa kekok untuk bercakap dengan anda atau menawarkan bantuan mereka. Mereka bimbang akan mengeluarkan perkataan-perkataan yang akan menyinggung perasaan anda, dan dengan itu memilih untuk berdiam diri. Hanya anda sahaja yang boleh memberitahu mereka apa yang anda mahu atau perlukan. Mungkin sukar bagi anda untuk meminta bantuan dari mereka, tetapi dengan membenarkan mereka membantu anda, anda sebenarnya membantu mereka juga.
  4. Sertai kumpulan sokongan. Berkongsi pengalaman dan berbincang dengan orang yang sedang atau telah melalui pengalaman atau kebimbangan yang sama semasa menjalani rawatan kanser mungkin boleh membantu anda menjadi lebih tabah. Anda boleh berkongsi melalui perjumpaan dan juga melalui media sosial. Terdapat banyak kumpulan sokongan yang diwujudkan di media-media sosial yang diasaskan oleh bekas pesakit kanser sendiri. Tidak ada orang lain yang lebih memahami perasaan yang dialami oleh pesakit kanser melainkan mereka-mereka yang telah mengalaminya. Salah satu kumpulan sokongan yang ditubuhkan untuk tujuan ini adalah Cancer Survivors Malaysia (CSM). Saya menggalakkan anda untuk bersama kumpulan ini.
  5. Dapatkan rujukan kepada pakar psikologi untuk membantu menghadapi masalah emosi anda jika anda rasakan perlu. Dengan cara ini anda boleh meluahkan perasaan anda kepada seorang yang professional, terutama jika anda mendapati sukar untuk meluahkannya kepada orang lain.
  6. Pelajari cara-cara untuk merehatkan diri. Contohnya: mendengar muzik atau membayangkan perkara-perkara indah dalam kehidupan anda. Teknik-teknik ini boleh dicuba sebelum, semasa atau selepas kemoterapi. Anda juga boleh mencubanya dalam kehidupan seharian.
  7. Kaedah yang terakhir tetapi paling penting adalah melalui mendekatkan diri dengan Tuhan. Bagi anda yang berugama Islam, banyakkan berdoa, membaca al-quran, sembahyang hajat dan memuhasahab diri. Kehidupan di dunia ini cuma hanya sedetik waktu dari kehidupan sebenar di akhirat yang tiada penghujungnya. Penuhilah amalan-amalan yang baik, rajin bersedekah dan membantu orang susah. Inilah masa yang terbaik untuk mengenal diri dan lebih mendekatkan diri dengan Allah. Tidak ada sesiapa yang dapat menghalang dan mengubah apa saja ketentuanNya.

SUMBANGAN YANG BOLEH DIBERIKAN OLEH ORANG YANG MENJADI PENJAGA PESAKIT KANSER.
Sekiranya anda yang membaca buku ini adalah salah seorang yang menjadi penjaga kepada pesakit kanser maka saya ingin mengucapkan terima kasih dan tahniah kerana anda adalah di antara manusia-manusia mulia yang sabar dan gigih membantu orang yang anda kasihi. Sumbangan anda tidak ternilai harganya. Sumbangan keluarga terdekat terhadap perawatan dan penjagaan pesakit kanser adalah tersangat penting kerana pesakit kanser ini memerlukan bukan saja sokongan fizikal tetapi lebih-lebih lagi sokongan emosi dan mental. Di dalam memberi sokongan kepada pesakit kanser, anda perlu mempunyai pengetahuan bagaimana mengendalikan pesakit ini terutamanya dari aspek sokongan moral dan emosi. Anda boleh membuat kesilapan menambah penderitaan emosi pesakit jika perbuatan dan perkataan anda tidak sesuai. Jadi anda perlu memiliki kemahiran berkomunikasi dengan pesakit kanser.

Berikut adalah beberapa tip untuk anda amalkan supaya dapat mengurangkan beban penyakit kanser yang dihadapi oleh orang tersayang.

1. SOKONGAN MENTAL DAN EMOSI
  • Pesakit sedang mengalami tekanan emosi. Bersabar terhadap karenah mereka terutamanya perubahan ‘mood’ mereka.
  • Berikan semangat dan harapan.
  • Jangan singkirkan mereka dari aktiviti sosial anda. Galakkan mereka melibatkan diri dan lakukannya bersama-sama.
  • Sentiasa bersedia untuk mendengar keluhan dan luahan perasaan mereka pada bila-bila masa.
  • Jangan menjauhkan diri atau mengelakkan diri dari menyentuh mereka. Ingat bahawa kanser tidak boleh berjangkit, sentuhan kasih sayang boleh menjadi ubat yang mujarab untuk menghilangkan keresahan dan tekanan perasaan. Selalu memeluk mereka kerana pelukan mempunyai nilai penyembuhan yang tidak boleh digambarkan dengan kata-kata.
  • Temani mereka semasa menjalani rawatan jika dibenarkan.
  • Temani mereka semasa perbincangan mengenai penyakit atau rawatan.
  • Temani mereka dan ikuti aktiviti-aktiviti kumpulan sokongan.
2. SOKONGAN FIZIKAL
  • Tawarkan diri untuk menyediakan makanan yang berkhasiat untuk mereka
  • Temani mereka semasa makan. Ini boleh meningkatkan selera makan mereka.
  • Hubungi doktor jika pesakit tidak minum selama 24 jam atau tidak mengambil apa-apa makanan selama dua hingga tiga hari.
  • Bantu mereka untuk datang berjumpa dengan doktor seperti meluangkan masa menghantar mereka ke hospital.
3. LAIN-LAIN SOKONGAN
  • Jangan mengeluarkan perkataan dan melakukan perbuatan yang boleh menyakitkan hati mereka. Kasihanilah mereka dan jadikan musibah ini untuk mengeratkan lagi hubungan anda dengan mereka supaya anda tidak rasa menyesal selepas pemergian mereka sebaliknya anda berasa puas dan inilah balasan yang anda terima di dunia ini. Balasan untuk anda di akhirat tentu tak ternilai besarnya.
  • Berdoalah supaya penyakit kanser orang tersayang dapat sembuh dan jika ditakdirkan tidak dapat disembuhkan maka berdoalah supaya mereka diberi kekuatan untuk sabar dan menerima ketentuan Tuhan dengan redha.