Friday 31 March 2017

Ubat Batuk

Penjelasan Tentang Ubat Batuk – En. Mark Cheong

Tatkala memasuki sesebuah farmasi sambil berjalan ke arah rak di mana tersusunnya ubat batuk dan terlihatlah pelbagai jenama ubat batuk, setiap satunya terpampang bukti kehebatan tersendiri pada botolnya. Terdapat juga ubat batuk yang amat dikenali, hasil daripada liputan meluas melalui pengiklanan di kaca televisyen. Walaupun terdapat pelbagai jenis ubat batuk, hakikatnya kebanyakannya terdiri daripada bahan buatan yang sama. Persoalannya; apakah kandungan ubat batuk itu dan apakah fungsi mereka?

Guaifenesin adalah satu antara bahan-bahan yang kebiasaanya terdapat dalam ubat batuk. Kandungan Guaifenesin ini diketogerikan sebagai expectorant. Expectorant membantu membuang kahak dan rembesan-rembesan yang lain melalui saluran pernafasan, mengurangkan kerengsaan serta ketidakselesaan pada saluran pernafasan. Guaifenesin adalah selamat untuk diberikan kepada kanak-kanak. Ia tidak mengandungi signifikan terhadap preskripsi ubat-uabatn yang lain. Pesakit Kencing manis juga boleh mendapatkan formulasi gualifenesin yang bebas gula.

Terdapat beberapa jenis bahan lain yang wujud dalam kandungan ubat penahan batuk (atau dikenali sebagai Antitussive). Ini termasuklah 'codeine' (di mana ia agak sukar didapati melalui pembelian di kaunter pada amsa kini), pholcodeine dan dextromethorphan. Antitussive sering diambil sebagai ubat untuk batuk yang tidak produktif, namun kajian menunjukkan bahawa ubat ini tidak membawa sebarag faedah. Oleh itu, Kebanyakan doktor mengakui tentang peranan ubat penahan batuk yang agak terhad, Sebaliknya menyarankan agar pesakit memperbanyakkan amalan minum air.




Codeinepholcodeine dan dextromethorphan perlu diambil dengan berhati-hati kerana berpotensi memberikan kesan sampingan terhadap ubat-ubatan lain yang telah dibekalkan terdahulu. Antara kesan-kesan sampingannya ialah membawa kepada pelalian dan juga boleh mengakibatkan sembelit. Pesakit asma juga perlu berhati-hati dalam pengambilan ubat-ubatan ini kerana secara teori ia boleh membawa respiratory depression (istilah perubatan yang digunakan untuk menggambarkan sebarang keadaan di mana kadar pernafasan seseorang individu di bawah 12-nafas setiap minit atau bermakna kesukaran bernafas). Codeinepholcodeine dan dextromethorphan harus dielakkan oleh wanita hamil pada usia trimester ketiga kandungan.

Kebanyakkan campuran dan persediaan ubat batuk yang ada mengandungi anthistamin dan terdapat beberapa jenis anthistamin yang biasa digunakan adalah termasuk diphenhydramine, chlorpheniraminepromethazine dan triprolidine. Antihistamin dianggap dapat membantu, dengan mengeringkan rembesan dari saluran pernafasan, manakala kesan positif boleh membantu seseorang yang mengalami batuk untuk mempunyai tidur malam yang lebih baik. Antara kesan-kesan sampingan anthistamin adalah seperti mulut kering, sembelit dan juga pelalian. Pengunaan anthistamin kepada kanak-kanak perlu dilakukan dengan berhati-hati, manakala untuk kanak-kanak yang berumur kurang dari 2 tahun adalah tidak digalakkan, melainkan jika terdapat kebenaran dari doktor.

No comments:

Post a Comment