Sunday 26 June 2016

Apa Itu Difteria

Difteria adalah penyakit yang disebabkan oleh bakteria Corynebacterium diphteria. Ia tersebar melalui titisan cecair penafasan. Bakteria ini menjangkiti tekak (tonsil dan farinks) dan menghasilkan toksin yang menyebabkan keradangan di sekitar tekak dan bengkak leher yang boleh menyebabkan pesakit sukar bernafas. Toksin ini juga boleh menyerap ke dalam darah, melumpuhkan saraf dan menyebabkan keradangan jantung (miokarditis) yang menyebabkan kematian. Jangkitan difteria mempunyai kadar kematian yang tinggi, iaitu antara 25 ke 50%

Vaksin difteria terkandung dalam vaksin lima (5) serangkai, DTaP-IPV//Hib (Difteria, Pertusis, Tetanus, Polio dan Hasemophilus Influenzae type b). Ia diberikan pada usia 2,3,5 dan 18 bulan. Liputan imunasi yang melabihi 95% dalam komuniti akan memnberi imuniti kelompok (herd immunity) dan melindungi kanak-kanak daripada dijangkiti bakteria ini. Kanak-kanak yang telah menerima imunisasi lengkap hanya akan mengalami gejala ringan apabila dijangkiti dan terlindung dari komplikasi.

Justeru, KKM ingin memberi penekanan betapa pentingnya kanak-kanak diberikan imunisasi yang lengkap termasuk vaksin difteria bagi memberikan perlindungan terhadap jangkitan penyakit dan mencegah berlaku komplikasi akibat jangkitan. Ibubapa yang masih lagi belum membawa anak-anak mereka mengambil imunisasi hendaklah segera membawa mereka untuk mendapatkan imunisasi vaksin lima (5) serangkai yang lengkap. Ia merupakan tanggungjawab ibubapa untuk memberikan perlindungan dan menyelamatkan anak-anak daripada mendapat jangkitan dan seterusnya komplikasi jangkitan dan kematian, seperti apa yang sedang berlaku sekarang.

Sumber: Blog Ketua Pengarah Kesihatan(22 Jun 2016)


Video Info Difteria

Sumber : beritanasionalrtm


Sunday 19 June 2016

Kelebihan Aprikot VITAMIN b17 Kepada Pengamalnya

Kajian mengenai keberkesanan Vitamin B17 telah pertama kali dilakukan oleh seorang pakar Biokimia yang berdedikasi Dr.Ernest T.Krebs pada tahun 1950. Kajian susulan juga dilakukan oleh pakar kanser Jerman, Dr. Dean Burk di mana dalam pemerhatian beliau di bawah mikroskop, Vitamin B17 telah dimasukkan ke dalam sel kanser dan mendapati sel-sel kanser tersebut mati dengan cepat sekali.

Selain itu, penemuan ini turut mendapat perakuan daripada beberapa saintis perubatan yang lain. Antaranya, Dr.Hans Nieper iaitu seorang pakar kanser dari Jerman Barat. Melalui pengalam beliau selama 20 tahun, beliau mendapati B17 sangat berkesan  sebagai langkah pencegahan kanser dan beliau turut mengakui tiada vitamin lain melainkan B17 yang dapat mengawal semua jenis kanser.

Penaung kepada produk Farmas Health, Profesor Madya Dr.Syed Zainal Husin Wafa, seorang pakar perubatan berpengalamn dan bekas Ketua JAbatan Anatomi di Fakulti perubatan UKM mengakui biji aprikot mengandungi kandungan Vitamin b17 paling tinggi berbanding dengan tumbuhan lain serta mampu meningkatkan tahap kesihatan dan seterusnya membnatu dalam mengurangkan risiko mendapat penyakit-penyakit kronik metabolik.

Walaubagaimanapun, beliau tidak menggalakan pengambilan biji aprikot yang mentah kerana dikhuatiri terdedah kepada bakteria, kulat dan radikal bebas sewaktu proses penghantataran dan penyimpanan. Ini boleh menyebabkan keracunan terhadap tubuh badan.

Beliau mengalakkan pengambilan biji aprokot ynag telah diproses dan dikapsulkan daripada 100% biji aprikot terpilih mengikut piawaian teknologi farmaseutikal yang tinggi melalui penyelidikan klinikal dan telah mendapat kelulusan dari Biro Farmaseutikal Kebangsaan serta telah didaftarkan oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah.

Kelebihan Vitamin B17 telah berjaya dibuktikan oleh masyarakat Hunza di Pakistan. Mereka juga menjadikan buah dan biji aprikot sebagai diet utama mereka. Dari bijinya, dihasilkan minyak masak dan losyen muka. Inilah faktor yang menyebabkan kaum ini mempunyai purata umur sehingga 100 tahun.

Pakar Kesihatan Awan yang juga Presiden Kelab Prostar Malaysia, Dr.Ismail Lasa berkata, " Aprikot yang kaya dengan vitamin B17 dapat membantu merencatkan perkembangan sel abnormal dan sekaligus mengekalkan perkembangan sel sihat di dalam tubuh badan.

Sumber : Utusan Online.



Wednesday 8 June 2016

Kehebatan Vitamin B17

Sumber, Fungsi,Manfaat & Tindak Balas

Vitamin B17, Juga dikenali sebagai amygdalin, pada dasarnya adalah sebuah glikosida. Pertama kali ditemui pada pohon Prunus dulcis oleh Pierre-Jean Robiquet dan AF Boutron-Charlard. Ekstrasi berlangsung pada tahun 1803 dan diikuti oleh penyelidikan menyeluruh dari glikosida oleh Liebig dan Whleer, pada tahun 1830.Vitamin B17 dipercayai dapat mencegah serta menyembuhkan kanser dan mengandungi anti-kanser.Pengambilan harian yang disyorkan dalam pengambilan vitamin B17 untuk seseorang adalah kira-kitra 100 mg/hari.


Manfaat Vitamin B17 Untuk Kesihatan
  • Vitamin B17 mempunyai sifat ubat tertentu yang menjadikan ia boleh dijadikan ubat tertentu yang menjadikan ia boleh dijadikan ubat serta pencegah kanser.
  • Selain bermanfaat dalam merawat kanser, vitamin B17 juga membantu dalam mengurangkan rasa sakit yang berkaitan dengan arthritis.
  • Pengambilan vitamin B17 telah didapati untuk memmbantu menurunkan tekanan darah tinggi, sehingga mengurangkan risiko keadaan perubatan tertentu yang serius seperti stroke dan hemoragik.
  • Vitamin B17 sebahagian besar bertindak sebagai analgesik berguna, dengan vitamin B17 mampu memperbaiki keadaan pesakit yang menderita penyakit radang, seperti artritis reumatoid dan penyakit Crohn.
  • Pengambilan vitamin B17 yang bermanfaat dalam menjaga tahap pH normal, tahap pH normal dikenali untuk mewujudkan persekitaran beracun untuk organ tubuh, sehingga mengakibatkan kegagalan organ dan kematian.
  • Vitamin B17 membantu menjaga kesihatan tubuh kita secar umum.
  • Vitamin B17 memperkuatkan kemampuan tubuh untuk melawan jangkitan seperti selsema dan flu.
  • Vitamin B17 juga mampu meningkatkan dan memperkuatkan sistem kekebalan tubuh.

    Sumber Vitamin B17


    • Benih aprikot dikenali sebagai sumber terkaya vitamin B17. Walau bagaimanapun, buah-buahan lain juga diketahui mengandungi vitamin B17 dalam jumlah yang signifikan. Beberapa di antaranya adalah epal, aprikot, ceri dan pir.
    • Vitamain B17 dijumpai dalam buah-buahan kelaurga berry, beberapa diantaranya adalah kismis, gooseberry, quince, cranberry, loganberries, huckleberries, boysenberries, ederberi, mulberry, strawberi dan rasberi.
    • Biji-bijihan dan kacang-kacangan juga merupakan sumber vitamin B17, kacang mete dan Kacang macadamia merupakan beberapa dianaytaranya. Selain itu, bijirin, soba, rami dan millets juga mengandungi vitamin B17.
    • Produk makanan lain yang mengandungi kepekatan tinggi vitamin B17 adalah Brewers ragi, beras merah, kacang mentega, rumput gandum, kenari, cranberry, daging dan biji rami.

      Tindak Balas Vitamin B17

      Tahukah Anda bahawa Vitamin B17 boleh didapati pada 1200 jenis tumbuh-tumbuhan atau buah-buahan. Namun, kandungan yang tertinggi terdapat pada biji aprikot. Keberkesanan Vitamin B17 (Laetrile) membantu melawan Kanser bukan sahaja diperkatakan di Malaysia, malah turut diperakui di seluruh dunia berdasarkan kajian saintifik dan ujian klinikal.


      Dalam terapi metabolik, apabila viatamin B17 bertemu dengan sel-sel kanser, enzim Beta-glicosidase yang hanya terdapat pada sel-sel kanser akan menguraikan elemen-lemen yang terdapat dalam vitamin B17. Seterusnya, elemen-elemen yang terdapat dalam vitamin B17 yang telah terurai akan bertindak membunuh sel-sel kanser.

      Vitamin B17 yang berlebihan akan ditukar oleh enzim Rhodenase kepada elemen-elemen positif. Ia juga membantu mengurangkan keasidan dan toksin di dalam darah.


      Wednesday 1 June 2016

      Biji Aprikot - Banyak Kelebihannya!!!

      Berdasarkan buku "World without Cancer", tulisan G.Edward Griffin, biji aprikot mentah mrngandungi kadar kepekatan B17 yang tertinggi berbanding biji-biji buah yang lain. Biji aprikot amat berkhasiat dan ia menjadi makanan kaum Hunza untuk bebas dari kanser, sihat dan lanjut usia sehingga lebih 120 tahun. Antara nutrien yang banyak terdapat pada biji aprikot ialah enzim amygdalin atau laetrile atau disebut vitamin B17.

      Tugas B17 ini hanyalah memusnahkan sel asing dan mengeluarkannya melalui perkumuhan. B17 terdapat dalam banyak makanan, malangnya tabiat pemakan kita hari ini telah mengenepikan dan mengurangkan penggunaan B17 yang rasanya agal pahit, tetapi berkesan mencegah kanser.

      Selain daripada biji aprikot, B17 juga boleh didapati dalam almond pahit, pie apple, biji anggur, millet (yang sekarang ini digantikan dengan gandum yang kurang B17), broad beans, sengkuang, oren, ubi kayu, kacang hijau, keledek dan betik. Juga terdapat di dalam sesetengah rumput seperti gandum dan tunas.

      B17 pertama kali diekstrak dan diberi nama 100 tahun dahulu malah telahpun didaftarkan di dalam pharmacological sebagai ubatan tidak bertoksin. Namun terdapat racun yang terperangkap yang dinamakan cyanide seperti garam harian yang mempunyai sodium tetapi tidak merosakkan tisu manusia, ia tidak beracun seperti garam dan gula yang kita makan hari ini.

      Biji aprikot mentah mempunyai kandungan B17 yang tertinggi di antara bijian yang lain. Biji aprikot hanya berkhasiat dalam bentuk mentah, tidak dimasak, tidak dipanggang atau dibekukan. Untuk menghilangkan rasa pahit apabila memakan biji aprikot ini, anda boleh memakannya bersama buah-buahan lain seperti kismis, kurma dan buah-buahan lain segar yang lain.

      Anda juga boleh menghancurkannya menggunakan mesin pengisar dan taburkan biji aprikot yang telah dikisar ke atas salad buah-buahan. Bagi yang tidak menyukai rasa pahitnya, kini sudah ada di pasaran bentuk kapsul dan minuman pracampur.

      B17 akan hanya bertindak balas pada sel yang tidak normal dalam badan manusia termasuk sel kanser, tumor, jerawat ataupun buasir. Enzim yang terdapat dalam sel kanser dapat membuka kunci amygdalin maka terhasillah tindakbalas metabolik badan yang berkanser dan cyanide tersebut memasuki aliran darah yang mana secara semulajadi akan di nuetralkan oleh hati.

      Jika anda mengambil biji aprikot untuk tujuan pencegahan kanser, cukup dengan mengambil 10 - 20 biji dalam sehari. Dapatkan makanan dan air yang paling berkhasiat serta udara yang sihat dan segar, dan sentiasa memasukkan biji aprikot ke dalam diet pemakanan anda.