Monday 29 August 2016

INFO KANSER TULANG



Badan kita mempunyai lebih dari 200 tulang. Fungsi utamanya adalah rangka untuk badan dan melindungi organ-organ utama seperti paru-paru dan hati. Kanser tulang primer berpunca dari tulang sementara kanser tulang sekunder berpunca dari organ-organ lain dan merebak ke tulang (contoh: dari kanser payu dara, paru-paru dan kelenjar prostate)





Kanser tulang sekunder adalah kanser tulang yang paling banyak ditemui. Ia berpunca dari sel kanser yang merbahaya dari organ lain dan telah merebak ke tulang dan ia boleh menyerang ke semua tulang.
  • Gejala dan Tanda
  • Kebengkakkan dan sakit pada kawasan yang terlibat;
  • sakit yang kuat terutamanya pada waktu malam;
  • hilang fungsi anggota;
  • tulang lebih rapuh dan senang untuk patah; dan
  • hilang berat badan dan selera makan.

Pada 2001, nisbah satu dalam 100,000 penduduk di dapati menghidap kanser tulang setiap tahun. Walaupun penyakit kanser ini kurang terjadi berbanding penyakit-penyakit kanser yang lain, namun ia masih perlu dirawat segera sebelum terlambat. Kanser tulang yang lewat dirawat boleh menyebabkan tulang retak dan akhirnya membawa maut.


Kesan Maggi Terhadap kesihatan


Maggi..Kenapa Bahaya ?

Setiap orang mesti pernah memakan maggi kerana ianya mudah dan ringkas untuk dihidangkan ketika perut kita tengah lapar. Maggi ini popular dikalangan "STUDENT" lah katakan sebabnya mereka kekurangan duit untuk makan. Aku penah alaminya dan semua orang pasti akan mengalaminya. Tapi tahukan anda, di sebalik kesedapan dan keenakan mee segera yang mempunyai pelbagai perisa itu sebenarnya kurang sihat ? haaa ni dia, cuba korang bayangkan kandungan di dalam bahan perencah mee tersebut mengandungi kadar MSG yang tinggi dan garam yang tinggi. Bahan perisa ini mempunyai pelbagai kesan negatif kepada kesihatan terutama terhadap fungsi buah pinggang.

APA ITU MSG ?  Monosodium glutamat atau MSG umum digunakan sebagai penyedap rasa untuk pelbagai makanan. Namun, menggunakan MSG secara berlebihan berpotensi menimbulakan masalah kesihatan, tetapi MSG masih dianggap selamat jika dikonsumsi dalam jumlah yang terkawal. " 

Selain itu, kandungan dioxin dan plasticizers dalam pek pembungkusan juga dikatakan mampu mempertingkatkan risiko serangan kanser di kalangan pengguna. Bahan kimia yang terlarut dalam air panas akan menjadi bahaya sekiranya di makan dari mangkuk secara terus.

Bagaimana pula dengan kesan terhadap ibu mengandung dan kanak-kanak ?

  • Bagi kanak-kanak yang berumur bawah 5 tahun akan mengalami masalah penyerapan nutrisi sekiranya dia mengambil mee segera lebih dari 3 kali seminggu.
  • Bagi ibu mengandung pula, pengambilan mee segera yang berlebihan boleh mengakibat keguguran atau menggangu proses pertumbuhan janin, Jadi, para wanita dinasihati cuba elakkkan pengambilan mee segera secara kerap. Cuba gantikan dengan makanan yang lebih berkhasiat.
Berikut adalah 6 perkara yang kita perlu tahu mengenai mee segera:

  1. Penyerapan Nutrien : Mee menghalang penyerapan nutrien untuk kanak-kanak di bawah umur 5 tahun
  2. Risiko Menghadapi Kanser : Terdapat bahan dalam mee segera yang dipanggil "Styrofoam". Ia merupakan punca menghidap kanser.
  3. Sodium : mee segera mempunyai kandungan penuh dengan jumlah natrium yang tinggi. Penggunaan berlebihan natrium membawa kepada penyakit jantung, strok, tekanan darh tinggi dan kerosakkan buah pinggan.
  4. Berat Badan : Makan mee juga adlah punca obesiti. Kenapa? Mee mengandungi jumlah lemak dan jumlah natrium yang tinggi. Ia juga menyebabkan pengekalan air dalam badan dan sudah tentu ia membawa kepada berat badan berlebihan.
  5. Propylene Glycol : Bahan dalam mee segera dipanggil "Glikol Propylene" yang mempunyai anti-beku. Bahan ini digunakan kerean ia menghalang mee dari pengeringan dengan mengekalkan kelembapan. Kesannya terhadap kita ialah akan melemahkan sistem imun badan kita. Selain itu, menyebabkan keabnormalan dan kerosakan kepada kawasan-kawasan tertentu.
  6. Metabolisme : Pengambilan mee segera menjejaskan metabolisme badan, kearana bahan-bahan kimia seperti bahan tambah, pewarna dan bahan pengawet di dalam mee segera.

Sunday 14 August 2016

INFO KANSER PARU-PARU

Kanser paru-paru merupakan salah satu penyebab utama kematian di Malaysia apabila lebih 4,000 kes pesakit baru dicatatkan setiap tahun. Pada tahun 2007, secara keseluruhanya kanser paru-paru mencatatkan kematian ketiga tertinggi selepas kanser payudara dan kanser kolorektal. Namun, dikalangan lelaki ia menduduki tempat pertama dengan kes sebanyak 15.8%. Kanser paru-paru sering dikaitkan dengan tabiat merokok.

Punca Kanser Paru-Paru

Menurut kajian, tabiat merokok merupakan salah satu punca terjadinya kanser paru-paru. Kebanyakan pesakit kanser paru-paru adalah terdiri daripada golongan perokok. Selain itu, pendedahan kepada radiasi dan bahan kimia seperti asbestos, arsenik, kromium dan bahan petroleum juga adalah faktor penyumbang. Faktor terakhir adalah disebabkan oleh pemakanan yang tidak sihat dan mengandungi lemak tepu yang tinggi.


Simptom Kanser Paru-Paru
  • Batuk berdarah
  • Batuk berpanjangan (tidak sembuh)
  • Jangkitan pada paru-paru dan saluran pernafasan
  • Suara menjadi kasar
  • Badan menjadi lesu dan susut berat badan
  • Sakit pada bahagian tulang dan tulang belakang

KANSER PAYUDARA

Secara purata seorang wanita di Malaysia mempunyai 1 per 19 kemungkinan untuk mendapat kanser payudara dalam hayat mereka. Ini bermakna, seramai hampir 700,000 kaum wanita di seluruh Malaysia berhadapan kemungkinan untuk dihantui gejala ini. Risiko tersebut paling tinggi menyerang kaum Cina, diikuti kaum India dan akhir sekali kaum Melayu dengan kadar masing-masingnya adalah 1 per 14, 1 per 15 dan 1 per 24. Menurut laporan yang telah dikeluarkan oleh Daftar Kanser Kebangsaan, kanser payudaratelah menyumbang sebanyak 31% kes kanser bagi golongan wanita yang telah didiagnosis pada tahun 2003.

Namun, perlu diingatkan bahawa kaum lelaki juga tidak terlepas dari bahana kanser payudara. Buktinya, pada tahun 2012 kanser payudara dikesan di kalangan 26 lelaki Melayu, 22 lelaki Cina dan 5 lelaki India. Lebih memburukkan lagi keadaan, Dr. Nik Munirah Nik Mahdi yang merupakan Penyelaras Pusat Sumber Kanser Payudara Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) berkata,kanser payudara yang menyerang golongan lelaki adalah lebih merbahaya kerana sel kanser tersebut lebih aktif dan agresif berbanding sel kanser yang menyerang kaum wanita.


Tanda & Gejala Kanser Payudara
  • Pembentukan gumpalan merupakan tanda biasa yang kekal untuk jangka masa yang panjang;
  • radang, kulit kemerahan atau bengkak akan berlaku jika salur limfa kecil di dalam kulitdan pembuluh limfatik diserang oleh tisu abnormal;
  • kulit akan mempunyai tekstur kupasan oren yang juga dirujuk sebagai "peau d'orange";
  • gumpalan mungkin terjadi di payudara atau di ketiak. Rupa payudara juga akan bertukar melalui penebalan atau pertambahan saiz dan bentuk;
  • kulit payudara kelihatan seperti lekuk atau membentuk rabung;
  • puting akan tenggelam, menjadi merah, bersisik atau mempunyai lelehan yang abnormal; dan
  • apabila ia merebak ke kawasan lain, akan menjelma tanda seperti demam, seram sejuk,sakit tulang dan sendi, sakit kuning, gejala neurologi dan curahan (efusi) pleura.



    Peringkat Kanser Payudara
    • Peringkat I - merujuk kepada kanser payudara pada peringkat awal di mana ukuran melintang tumor kurang dari 2 sentimeter dan belum lagi merebak.
    • Peringkat II - merujuk kepada peringkat di mana ukuran tumor adalah di antara 2 hingga 5sentimeter; atau lebih dari 5 sentimeter tetapi belum merebak; atau kurang dari 2sentimeter tetapi telah merebak ke nodus limfa ketiak.
    • Peringkat III - ialah di mana ukuran melintang tumor telah meningkat ke 5 sentimeter dan telah merebak ke nodus limfa ketiak; atau telah merebak dengan banyaknya ke noduslimfa ketiak; atau telah merebak ke nodus limfa terpencil di dalam tulang selangka atautulang dada.
    • Peringkat IV - pula merujuk kepada situasi di mana kanser payudara telah merebak ke kawasan di luar kawasan dada.