Penyakit kanser berkait rapat dengan unit-unit sel badan. Setiap masa berlaku penggantian sel-sel baru kerana proses sel tua atau kecederaan. Badan anda membuat sel yang mencukupi dan membina sel yang sama jenis. Kadang kala sel-sel baru ini membahagi tanpa henti. Sel-sel tambahan ini adalah tidak normal. Sel-sel ini akan membentuk satu tumbuhan tisu yang dipanggil tumor. Tisu tumor ini akan mengepit sel-sel normal sekitarnya dan mengambil makanan daripadanya. Tumor ini boleh menjadi kanser.
Tumor malignan atau benigna.
Tumor boleh jadi tumor benigna atau malignan. Tumor benigna masih boleh menimbulkan masalah jika tumbuh di dalam otak kawasan yang tertutup. Kanser atau tumor malignan merebak dan memusnahkan sel-sel sekitaran dan merebak jauh ke bahagian badan lain.Barah merebak ke organ-organ lain.
Ketumbuhan malignan terdiri dari sel-sel barah. Sel-sel kanser ini akan merebak ke tempat –tempat lain menerusi aliran darah atau saluran limfa jika ia tidak dirawat.Adakah anda tahu penyebab kanser?
Kejadian sebenar kanser sehingga kini masih tidak diketahui. 90% kanser berkait rapat dengan gaya hidup dan alam sekitaran.Faktor-faktor risiko kanser ialah:
- Sejarah keluarga kanser.
Jika anda mempunyai keluarga yang menghidap sebarang jenis kanser berkemungkinan besar anda lebih berisiko tinggi untuk mendapat barah.
- Amalan pemakanan(diet).
Dianggarkan 30-40% kanser dikaitkan dengan amalan diet anda. Lemak berlebihan berkait rapat dengan kanser kolon dan barah payudara.
Kanser esofagus, kanser perut dan kanser nasofarinks mempunyai kaitan dengan pengambilan makanan yang digaramkan dan bersalai.
- Rokok.
Kanser paru-paru dikaitkan dengan amalan merokok. 90% daripada pesakit kanser paru-paru adalah perokok.
Tar di dalam tembakau rokok juga dikaitkan dengan kanser larinks, kanser mulut, kanser farinks,kanser esofagus,kanser pundi kencing,kanser buah pinggang dan kanser serviks.
- Tabiat seks.
Mempunyai tabiat bertukar-tukar pasangan dalam hubungan seks dan memulakan tabiat di usia muda menambah risiko kanser serviks.
- Sirih dan tembakau
Mengunyah sirih dan tembakau mungkin menyebabkan kanser mulut.
- Jangkitan hepatitis B.
Kanser hati mempunyai hubungan dengan jangkitan virus hepatitis B.
- Amalan cara kerja.
Anda terdedah kepada kanser tertentu jika terdedah di persekitaran kerja yang melibatkan bahan karsinogen.
Langkah-langkah pengesanan awal kanser
Melakukan ujian saringan kanser atau lebih dikenali sebagai pengesanan awal kanser amat penting.Rawatan segera hasil dari pengesanan awal kanser menambah peluang pesakit kanser untuk terus hidup berkualiti.
Apa yang patut anda lakukan?
9 tanda amaran awal kanser.Anda harus peka dengan tanda-tanda ini:
- Batuk berterusan dan berkahak darah.
- Sebarang perubahan pada payudara seperti gumpalan atau bisul berpanjangan.
- Perubahan pada amalan membuang air besar.
- Pendarahan faraj selepas bersetubuh atau selepas putus haid.
- Leher benjol yang tidak ada sebelumnya.
- Suara yang garau dan berubah dari asal lebih dari dua minggu.
- Sakit atau ketidakselesaan di dalam perut yang berterusan.
- Ulser,bengkak atau tompok-tompok putih dan merah yang tidak hilang selepas rawatan.
- Pendarahan hidung berlebihan, hilang fungsi pendengaran dan telinga yang berdengung.
Mengamalkan gaya hidup sihat boleh mencegah dan mengurangkan risiko kanser.
Umumnya langkah yang boleh anda lakukan ialah:
- Pengesanan awal kanser payudara dengan pemeriksaan sendiri payudara setiap bulan
- Tidak merokok
- Kurangkan makanan berlemak dan banyakan buah-buahan dan sayuran
- Kekalkan berat badan ideal dengan senaman tetap dan makanan yang seimbang
- Elakkan hubungan seks rambang
- Tidak minum alkohol secara berlebihan
- Elakkan mengunyah sirih dan tembakau serta amalkan penjagaan mulut yang baik
- Dapatkan imunisasi hepatitis B
No comments:
Post a Comment