Thursday, 1 December 2016

Kepentingan Tidur

Tidur mempunyai fungsi yang lebih dari sekadar mengistirehatkan tubuh kita sahaja. Tidur yang kurang boleh membuat memori otak terganggu dan bahkan mampu membawa kepada risiko-risiko buruk yang lain. Sehingga sekarang fokus kesihatan selalunya adalah memastikan kita mendapatkan tidur yang cukup setiap malam. Ini kerana sebenarnya kualiti tidur yang cukup dapat membantu tubuh badan kita untuk kembali segar dari segi minda dan tubuh badan.


Jika tidur kita selalu tergangu, kita perlu mengambil tindakan untuk mengawal  penyebabnya. Jika dibiarkan ia akan memberi kesan kepada tubuh anda ke tahap di mana anda akan mengalami kesan mental, emosi dan fizikal yang negatif, sama seperti yang di alami oleh mereka yang murung tahap rendah.

Apa Yang dimaksudkan Dengan Tidur Berkualiti?

Tidur berkualiti adalah tidur yang mempunyai tempoh mencukupi dan tahap rehat yang membuat seseorang merasa segar di sepanjang hari. Jadi berapa lama kita patut tidur ? Jawapannya berbeza bagi setiap orang kerana keperluan masing-masing adalah berbeza. Sebenarnya hanya 21% daripada kita mendapat tidur lapan jam seperti yang disarankan, dan kira-kira 20% daripada kita tidak mendapat tidur melebihi 5 jam pada waktu malam.

Apa Yang Berlaku Sementara Kita Tidur?
  • Banyak proses yang berlaku semasa kita sedang tidur terutamanya organ-organ tubuh badan kita. Pada masa tidur, proses nyahtoksin sedang berlangsung di bahagian ahti, hempedu, dan paaru-paru. Ketika proses nyahtoksin berlaku di paru-paru, kita akan terasa ingin batuk yang agak kuat, jadi kita elakkan mengambil ubat batuk pada waktu ini kerana ia boleh menggangu proses nyahtoksin. Akhir sekali akan berlakunya proses nyahtoksin di usus besar. Ini anatara punca ramai sering ingin membuang air selepas bangun dari tidur.
  • Selain itu, pada waktu tidur juga berlakunya proses sum sum tulang menghasilkan darah.
Kesan Tidak Cukup Tidur
  1. Stress - Jika kita tidak cukup tidur, kita sukar untuk memberikan tumpuan pada kerja dan aktiviti seharian. Bila kita hilang fokus, kita akan mudah melakukan kesilapan, lebih kelam kabut dan tidak terurus.
  2. Sistem Imun Lemah - Kurang mendapat tidur yang secukupnya akan menjejaskan sistem imun badan dan menyebabka kita lebih mudah terkena jangkitan seperti selsema dan demam.
  3. Hati - Tidur terlalu lewat  boleh menjadi punca utama kerosakkan hati.
Kebaikan Tidur Awal
  1. Berat Badan Yang Seimbang - Tidur awal memungkinkan untuk kita bangun awal, Justeru pasti kita tidak akan terlepas untuk bersarapan dan kita juga dapat  menggelakkan makan lewat malam. Makan lewat malam tidak elok kerana  metabolisme badan berada pada kadar yang rendah pada waktu malam berikutan tubuh memikirkan malam sebagai waktu untuk berehat dan memulihara, bukan untuk "bekerja" dan membakar tenaga.
  2. Kurang Risiko Kanser - Amalan berkerja hingga lewat malam bermakna tubuh lebih terdedah kepada cahaya bukan sahaja siang tetapi hingga ke malam. Pendedahan kepada cahaya untuk tempoh yang lama akan menurunkan paras melatonin dalam darah. Hormon melatonin berperanan membantu pertumbuhan tumor kanser disamping menyebabkan rasa mengantuk. Oleh itu, amalkan tidur tanpa membuka lampu agar tubuh boleh menghasilkan melatonin secukupnya.
  3. Menguatkan Daya Ingatan - Tidur yang berkualiti boleh menguatkan daya ingatan.Semasa tidur, Walaupun badan tidak bergerak atau berkerja, otak masih lagi menjalankan tugas memproses pengalaman dan pmbelajaran.
Secara keseluruhan, apa yang nak disampaikan sangat mudah, jika anda bangkit dari tidur di waktu pagi tetapi merasa letih, anda perlu memperbaiki pola tidur anda.


Tuesday, 22 November 2016

5 Minuman Untuk Kesihatan Jantung


Penyakit jantung merupakan pembunuh senyap untuk setiap orang tak kira lelaki mahupun perempuan. Namun begitu, ia sering kali dianggap penyakit kaum lelaki keran mereka mendapat penyakit ini 10 tahun lebih awal berbanding wanita. Ini kerana wanita memiliki tahap estrogen yang tinggi.

Biarpun begitu penyakit ini sebenarnya boleh dicegah melalui senaman yang teratur dan permakanan seimbang. Di samping itu, ketahuilah apa yang diminum juga boleh memberikan kesan yang agak baik untuk penjagaan jantung kita.

Antara beberapa jenis minuman yang disarankan dapat membantu menjaga kesihatan jantung 

  • KOPI : kopi memilki aktiviti antioksidan lebih tinggi berbanding koko atau teh. Mengambil kopi dalam jumlah yang tepat dapat menghambat peradangan dan mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular. Mengikut kajian jangka panjang dan berskala besar yang melibatkan lebih dari 83,000 wanita menunjukkan minum dua cawan kopi setiap hari dapat mengurangkan risiko terkena strok 20 peratus lebih rendah berbanding mereka minum sedikit atau tidak sama sekali.
  • JUS DELIMA : Kapasiti antioksidan jus delima tiga kali ganda lebih tinggi berbanding anggur merah dan teh hijau. Bahkan penilitian awal menunjukkan, konsumsi rutin jus buah delima dapat menurunkan kolestrol, mengurangkan plak arteri (factor risiko untuk penyakit jantung) dan meningkatkan aliran darah ke jantung.
  • ANGGUR MERAH : Ia mengandungi banyak bahan yang dapat melindungi kesihatan jantung. Antaranya termasuk resveratrol. Resveratrol memiliki sifat antioksidan yang dapat melindungi pembuluh darah di jantung serta mencegah pembentukan penggumpalan darah. Ia juga dapat meningkatkan HDL (kolestrol baik)
  • TEH HITAM : Teh hitam dihasilkan melalui proses fermentasi setelah daun dijemur lalu dikeringkan. Pengolahan ini mengubah komposisi  kimia dari daun, sehingga menghasilkan beberapa antioksidan kuat yang membantu menyokong kesihatan jantung. Ia terbukti dapat mengurangkan risiko stork, mengurangkan LDL(Kolestrol jahat), memperbaiki fungsi pembuluh darah dan meningkatkan aliran darah dalam arteri koroner. Semakin lama anda mencelup teh, semakin besar manfaat fitokimia yang diperolehi.
  • TEH HIJAU :Seperti teh hitam, teh hijau mengandungi banyak antioksidan yang baik untuk jantung. Perbezaan utama adalah teh hijau tidak di fermentasi. Hasil kajian, minum teh hijau dalam jumlah yang banyak dapat mencegah risiko penyakit arteri koronari. Ada banyak penelitian yang menghubungkan konsumsi teh hijau dengan tahap kolesterol yang rendah, pencegahan pembekuan darah dan strok.

Wednesday, 16 November 2016

What Is Cancer?

Cancer is the name given to a collection of related diseases. In all types of cancer, some of the body’s cells begin to divide without stopping and spread into surrounding tissues.

The invasive
 breast cancer tumor 
shown here includes 
a cluster of slowly 
proliferating 
cells that resist 
chemotherapy 
reatment.


Cancer can start almost anywhere in the human body, which is made up of trillions of cells. Normally, human cells grow and divide to form new cells as the body needs them. When cells grow old or become damaged, they die, and new cells take their place.

When cancer develops, however, this orderly process breaks down. As cells become more and more abnormal, old or damaged cells survive when they should die, and new cells form when they are not needed. These extra cells can divide without stopping and may form growths called tumors.

Many cancers form solid tumors, which are masses of tissue. Cancers of the blood, such as leukemias, generally do not form solid tumors.

Cancerous tumors are malignant, which means they can spread into, or invade, nearby tissues. In addition, as these tumors grow, some cancer cells can break off and travel to distant places in the body through the blood or the lymph system and form new tumors far from the original tumor.

Unlike malignant tumors, benign tumors do not spread into, or invade, nearby tissues. Benign tumors can sometimes be quite large, however. When removed, they usually don’t grow back, whereas malignant tumors sometimes do. Unlike most benign tumors elsewhere in the body, benign brain tumors can be life threatening.

Differences between Cancer Cells and Normal Cells

Cancer cells differ from normal cells in many ways that allow them to grow out of control and become invasive. One important difference is that cancer cells are less specialized than normal cells. That is, whereas normal cells mature into very distinct cell types with specific functions, cancer cells do not. This is one reason that, unlike normal cells, cancer cells continue to divide without stopping.

In addition, cancer cells are able to ignore signals that normally tell cells to stop dividing or that begin a process known as programmed cell death, or apoptosis, which the body uses to get rid of unneeded cells.

Cancer cells may be able to influence the normal cells, molecules, and blood vessels that surround and feed a tumor—an area known as the microenvironment. For instance, cancer cells can induce nearby normal cells to form blood vessels that supply tumors with oxygen and nutrients, which they need to grow. These blood vessels also remove waste products from tumors.

Cancer cells are also often able to evade the immune system, a network of organs, tissues, and specialized cells that protects the body from infections and other conditions. Although the immune system normally removes damaged or abnormal cells from the body, some cancer cells are able to “hide” from the immune system.

Tumors can also use the immune system to stay alive and grow. For example, with the help of certain immune system cells that normally prevent a runaway immune response, cancer cells can actually keep the immune system from killing cancer cells.

Friday, 4 November 2016

Tanda-Tanda Anda Mempunyai Kolestrol Yang Tinggi

Penjagaan kesihatan amat diperlukan oleh setiap masyarakat lebih-lebih lagi dengan cuaca yang tidak menentu. Di sini kami ingin berkongsi tanda-tanda anda mempunyai kolestrol yang tinggi. Sedikit sebanyak perkongsian ini mungkin dapat membantu anda supaya lebih menjaga diri sendiri. Jika tanda-tanda ini ada pada diri anda, sila berjumpa doktor ya.
Kaki sering rasa kebas adalah salah satu tanda kolestrol tinggi. Ia terjadi kerana darah bergumpal dan menyebabkan aliran ke kaki tidak lancar. Senak dada sebelah kiri akan terjadi apabila pembuluh darah pada bahagian jantung mula tersumbat akibat kadar kolestrol terlampau tinggi. Peningkat kolestrol juga menyebabkan anda mudah letih dan mengantuk. Ini kerana peningkatan kolestrol menyempitkan pembuluh darah dan mungkin juga menutupnya. Ini mengakibatkan aliran darah membawak oksigen ke otak terhalang membuatkan seseorang itu cepat mengantuk.
Apabila pembuluh darah makin sempit, kaki akan membengkak. Kaki merupakan bahagian paling sedikit mendapat darah. Selain dari itu akan timbul bintik-bintik putih pada bahagian bawah mata, kawasan wajah atau leher yang berpunca dari kadar trigleserida yang tinggi. Arteri yang semakin sempit akan membuatkan aliran darah ke otak berkurang sehingga menyebabkan rasa sakit kepala, rasa berat dan tegang di belakang leher.
Pada tengah atau hujung kelopak mata merupakan mendapan kolestrol, ada juga yang mengalami benjolan padat pada siku, tumit atau lutut. Jika tanda-tanda di atas terdapat pada diri anda, sila jaga kesihatan atau dapatkan khimat nasihat doktor.