Monday, 5 September 2016

Apa Itu Zika? – Dr. Afida Sohana

Anda pasti telah terbaca, atau terdengar nama Zika disebut-sebut sejak kebelakangan ini. Amaran tentang Zika yang sedang melanda beberapa kawasan di luar negara membuatkan netizen tertanya-tanya;

“Saya mengandung, apa akan terjadi jika saya dijangkiti Zika?”
“Zika tu apa? Siapa?”

Mari kita berkenalan dengan Zika.

Zika merupakan jangkitan virus yang agak serupa dengan denggi dan chikugunya. Ianya disebarkan melalui gigitan nyamuk spesis aedes yang aktif di siang hari.

Jika dijangkiti virus Zika, 1 dalam 5 pesakit akan menunjukkan simtom-simtom seperti demam, sakit tubuh badan dan sendi, kepenatan, sakit kepala, mata merah dan bintik-bintik merah di kulit. Simtom-simtom Zika ini selalunya tidak teruk dan amat jarang bagi pesakit memerlukan rawatan sebagai pesakit wad. Hal ini berlainan bagi pesakit yang mengandung. Kita akan bincangkan perihal Zika dan wanita hamil sebentar lagi.

Diagnosis Zika dibuat dengan mengenalpasti simtom, bertanya perihal percutian ke luar Negara dan memastikan bahawa pesakit bukan menghidapi jangkitan lain seperti demam denggi, chikugunya, campak atau rubella. Selepas dijangkiti, zika mempunyai tempoh inkubasi selama 3-12 hari. Meskipun tiada ubat untuk jangkitan zika, simtom2 simtom penghidap zika akan hilang sendiri dalam masa seminggu.

Rawatan
Setakat ini, tiada vaksin atau ubatan untuk penghidap Zika. Jika dijangkiti, rawatan cumalah berdasarkan simtom. Oleh itu :
  1. Rehat secukupnya
  2. Minum banyak air masak untuk mengelakkan dehidrasi
  3. Ambil Panadol/paracetamol untuk mengurangkan demam
  4. Jauhi ubatan dari kumpulan non-steroidal anti-inflammatory drugs (NSAIDs) seperti aspirin, ponstan, ibuprofen hingga denggi telah dikecualikan (untuk mengelakkan risiko denggi berdarah)
  5. Elakkan gigitan nyamuk pada minggu pertama jangkitan, memandangkan nyamuk merupakan pembawa/vector bagi zika

Zika dan Wanita Hamil
Berdasarkan laporan setakat ini, adalah dibimbangkan jika wanita yang hamil dijangkiti Zika, terdapat potensi untuk jangkitan itu menular kepada bayi di dalam kandungan. Beberapa kes telah melaporkan keadaan bayi yang dilahirkan tidak normal setelah ibu yang sedang hamil terkena jangkitan.

Laporan terbaru dari Brazil menunjukkan potensi anak-anak dari ibu hamil yang dijangkiti Zika telah dilahirkan dengan simtommicrocephaly. Microcephaly adalah satu kondisi neurologi dimana kepala bayi adalah jauh lebih kecil bila dibandingkan dengan bayi lain yang sama umur dan jantina. Bayi atau kanak-kanak dengan microcephaly selalunya menunjukkan masalah dalam perkembangan neurologi dan kognitif. Walaubagaimanapun, perkara ini memerlukan siasatan dan penyelidikan sepenuhnya di tahap global.

Oleh kerana masih banyak persoalan tentang efek Zika pada wanita hamil dan janinnya, wanita yang sedang hamil atau berhasrat untuk hamil dalam masa yang terdekat dinasihatkan supaya tidak melancong ke negara-negara atau kawasan yang diketahui sebagai kawasan Zika. Jika tidak dapat menjauhi kawasan terbabit, wanita-wanita hamil perlu memastikan mereka dapat menghindari gigitan nyamuk. Oleh itu :
  • Pakai pakaian yang menutupi seluruh tubuh (lengan dan kaki)
  • Guna insect repellent yang mengandungi DEET, picaridin, minyak limau eucalyptus (OLE), atau IR3535. Sentiasa baca arahan pengguna.
    • Insect repellents yang mengandungi DEET, picaridin, dan IR3535 adalah selamat untuk digunakan sewaktu hamil, ibu yang menyusu dan kanak-kanak lebih 2 bulan jika digunakan menurut arahan pengguna. Minyak limau eucalyptus tidak sesuai untuk digunakan oleh bayi di bawah umur 3 tahun.
  • Jika menggunakan pelindung matahari dan insect repellent, sapu pelindung matahari dahulu sebelum repellent.
  • Guna kelambu jika perlu
  • Tidur di dalam bilik yang berhawa dingin atau terlindung dari nyamuk.
  • Musnahkan kawasan pembiakan nyamuk

(dipetik dari New Zealand Ministry of Health)

Sekiranya anda hamil dan menunjukkan simtom bintik-bintik merah, mata merah (konjunktivitis), demam dan sakit sendi dalam masa 14 hari selepas berada di kawasan yang dilanda Zika, jumpa doctor dengan kadar segera

Negara yang telah dipastikan terdapat laporan jangkitan Virus Zika dalam masa 9 bulan (pada 19 Januari 2016)

Barbados •Bolivia •Brazil •Cape Verde •Colombia •Ecuador •El Salvador •Fiji •French Guiana •Guadeloupe •Guatemala •Guyana •Haiti •Honduras •Maldives •Martinique •Mexico •New Caledonia •Panama •Paraguay •Puerto Rico •Saint Martin •Samoa •Solomon Islands •Suriname •Thailand •Venezuela




Monday, 29 August 2016

INFO KANSER TULANG



Badan kita mempunyai lebih dari 200 tulang. Fungsi utamanya adalah rangka untuk badan dan melindungi organ-organ utama seperti paru-paru dan hati. Kanser tulang primer berpunca dari tulang sementara kanser tulang sekunder berpunca dari organ-organ lain dan merebak ke tulang (contoh: dari kanser payu dara, paru-paru dan kelenjar prostate)





Kanser tulang sekunder adalah kanser tulang yang paling banyak ditemui. Ia berpunca dari sel kanser yang merbahaya dari organ lain dan telah merebak ke tulang dan ia boleh menyerang ke semua tulang.
  • Gejala dan Tanda
  • Kebengkakkan dan sakit pada kawasan yang terlibat;
  • sakit yang kuat terutamanya pada waktu malam;
  • hilang fungsi anggota;
  • tulang lebih rapuh dan senang untuk patah; dan
  • hilang berat badan dan selera makan.

Pada 2001, nisbah satu dalam 100,000 penduduk di dapati menghidap kanser tulang setiap tahun. Walaupun penyakit kanser ini kurang terjadi berbanding penyakit-penyakit kanser yang lain, namun ia masih perlu dirawat segera sebelum terlambat. Kanser tulang yang lewat dirawat boleh menyebabkan tulang retak dan akhirnya membawa maut.


Kesan Maggi Terhadap kesihatan


Maggi..Kenapa Bahaya ?

Setiap orang mesti pernah memakan maggi kerana ianya mudah dan ringkas untuk dihidangkan ketika perut kita tengah lapar. Maggi ini popular dikalangan "STUDENT" lah katakan sebabnya mereka kekurangan duit untuk makan. Aku penah alaminya dan semua orang pasti akan mengalaminya. Tapi tahukan anda, di sebalik kesedapan dan keenakan mee segera yang mempunyai pelbagai perisa itu sebenarnya kurang sihat ? haaa ni dia, cuba korang bayangkan kandungan di dalam bahan perencah mee tersebut mengandungi kadar MSG yang tinggi dan garam yang tinggi. Bahan perisa ini mempunyai pelbagai kesan negatif kepada kesihatan terutama terhadap fungsi buah pinggang.

" APA ITU MSG ?  Monosodium glutamat atau MSG umum digunakan sebagai penyedap rasa untuk pelbagai makanan. Namun, menggunakan MSG secara berlebihan berpotensi menimbulakan masalah kesihatan, tetapi MSG masih dianggap selamat jika dikonsumsi dalam jumlah yang terkawal. " 

Selain itu, kandungan dioxin dan plasticizers dalam pek pembungkusan juga dikatakan mampu mempertingkatkan risiko serangan kanser di kalangan pengguna. Bahan kimia yang terlarut dalam air panas akan menjadi bahaya sekiranya di makan dari mangkuk secara terus.

Bagaimana pula dengan kesan terhadap ibu mengandung dan kanak-kanak ?

  • Bagi kanak-kanak yang berumur bawah 5 tahun akan mengalami masalah penyerapan nutrisi sekiranya dia mengambil mee segera lebih dari 3 kali seminggu.
  • Bagi ibu mengandung pula, pengambilan mee segera yang berlebihan boleh mengakibat keguguran atau menggangu proses pertumbuhan janin, Jadi, para wanita dinasihati cuba elakkkan pengambilan mee segera secara kerap. Cuba gantikan dengan makanan yang lebih berkhasiat.
Berikut adalah 6 perkara yang kita perlu tahu mengenai mee segera:

  1. Penyerapan Nutrien : Mee menghalang penyerapan nutrien untuk kanak-kanak di bawah umur 5 tahun
  2. Risiko Menghadapi Kanser : Terdapat bahan dalam mee segera yang dipanggil "Styrofoam". Ia merupakan punca menghidap kanser.
  3. Sodium : mee segera mempunyai kandungan penuh dengan jumlah natrium yang tinggi. Penggunaan berlebihan natrium membawa kepada penyakit jantung, strok, tekanan darh tinggi dan kerosakkan buah pinggan.
  4. Berat Badan : Makan mee juga adlah punca obesiti. Kenapa? Mee mengandungi jumlah lemak dan jumlah natrium yang tinggi. Ia juga menyebabkan pengekalan air dalam badan dan sudah tentu ia membawa kepada berat badan berlebihan.
  5. Propylene Glycol : Bahan dalam mee segera dipanggil "Glikol Propylene" yang mempunyai anti-beku. Bahan ini digunakan kerean ia menghalang mee dari pengeringan dengan mengekalkan kelembapan. Kesannya terhadap kita ialah akan melemahkan sistem imun badan kita. Selain itu, menyebabkan keabnormalan dan kerosakan kepada kawasan-kawasan tertentu.
  6. Metabolisme : Pengambilan mee segera menjejaskan metabolisme badan, kearana bahan-bahan kimia seperti bahan tambah, pewarna dan bahan pengawet di dalam mee segera.

Sunday, 14 August 2016

INFO KANSER PARU-PARU

Kanser paru-paru merupakan salah satu penyebab utama kematian di Malaysia apabila lebih 4,000 kes pesakit baru dicatatkan setiap tahun. Pada tahun 2007, secara keseluruhanya kanser paru-paru mencatatkan kematian ketiga tertinggi selepas kanser payudara dan kanser kolorektal. Namun, dikalangan lelaki ia menduduki tempat pertama dengan kes sebanyak 15.8%. Kanser paru-paru sering dikaitkan dengan tabiat merokok.

Punca Kanser Paru-Paru

Menurut kajian, tabiat merokok merupakan salah satu punca terjadinya kanser paru-paru. Kebanyakan pesakit kanser paru-paru adalah terdiri daripada golongan perokok. Selain itu, pendedahan kepada radiasi dan bahan kimia seperti asbestos, arsenik, kromium dan bahan petroleum juga adalah faktor penyumbang. Faktor terakhir adalah disebabkan oleh pemakanan yang tidak sihat dan mengandungi lemak tepu yang tinggi.


Simptom Kanser Paru-Paru
  • Batuk berdarah
  • Batuk berpanjangan (tidak sembuh)
  • Jangkitan pada paru-paru dan saluran pernafasan
  • Suara menjadi kasar
  • Badan menjadi lesu dan susut berat badan
  • Sakit pada bahagian tulang dan tulang belakang